Isnin, 7 Februari 2011

~ADUH SAKIT!!!~




Baru sahaja beberapa jam keluar dari Pusat Kesihatan UTM. Apabila melangkah sahaja kedalamnya saya menanyakan pada diri, “tak de ke dalam sehari, tak de orang sakit”. Begitu jugalah sebelum ini, apabila sampai ke mana-mana pusat kesihatan,hospital,klinik keadaan seperti ini pasti berlaku. “tak pernah orang tak de” kataku hati kecil ku.

Namun sebenarnya kita sedar dan begitu arif apabila ditimpa penyakit selsema mesti mahukan panadol, apabila batuk mesti mahukan ubat batuk dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak pernah untuk muhasabah diri mengapa aku ditimpa sakit sebegini, mengapa asyik-asyik sakit jer aku ni, dan tak lain tak bukan bila perkataan pertama yang terpancul dari mulut kita apabila luka terkena pisau dan sebagainya adalah “ADUH SAKIT!!!”. Ermm..mengapakah sakit ini diberi.

Apabila berbicara dan mendalami sedikit mengenai perkara ini, tidak lain tidak bukan Allah ingin menggugurkan dosa hambaNya. Ini menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada hambaNya. Tetapi kita kadang-kadang lupa dan keluhan sakit hanya meniti dibibir, sebenarnya kita tidak tahu bahawa kita sedang membayar hutang-hutang kita kepada Allah. Maka berbahagialah orang yang sakit itu. Boleh jika saya berkata begitu?

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)


Islam mengajar kita untuk melihat dengan berbaik sangka sebelum kita mengatakan yang bukan-bukan. Berbaik sangkalah dengan Allah SWT.
Sesetengah dari mereka menggunakan alasan sakit untuk tidak melaksanakan ibadah wajib kepada Allah SWT. Perlu untuk kita menukar persepsi ini kerana islam ini mudah.
Orang yang sakit lebih terbuka peluang untuk melakukan ibadah seluas-luasnya. Orang yang sakit lebih mudah untuk melakukan ibadah. Orang yang sakit diberi kelonggaran dan kemudahan seluas-luasnya oleh syarak.


Prinsipnya mudah sahaja iaitu selagi akal masih belum hilang maka kewajipan untuk melakukan amalan-amalan fardhu tidak pernah terangkat sama sekali, cuma diberi keringanan oleh Islam. Keringanan yang menandakan kasih sayang Allah kepada kita. Keringanan yang memberi ruang untuk hamba-hambanya melakukan ibadah seluas-luasnya tanpa alasan apa sekalipun.

Ibadat yang dilakukan ketika sakit walaupun tidak sesempurna amalan orang sihat sebenarnya setaraf dengan amalan orang sihat. Malah, jika dilakukan dengan sesabar mungkin , natijahnya lebih besar dari orang yang sempurna.

Saya mendengar dari seorang ustaz mengatakan dalam ceramah beliau.
”Orang sakitlah yang paling mudah melakukan amal ibadah. Orang sihatlah lebih susah untuk melakukan amal ibadah. Orang sakit diberi kelonggaran seluas-luasnya oleh Islam”

Saya cuba untuk mengajak pembaca dan diri saya sendiri untuk kita fahami dan menyelami akan hakikat ini supaya kita tiadak menjadikan seribu alasan untuk tidak menunaikan amanah yang telah diberikan Allah SWT kepada kita.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)

~mohaz~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...