Khamis, 25 September 2008

Salam Kembali

Kala senja itu tiba
ku termenung sendirian,
terasa diriku ini jauh dari rahmat tuhan,
dosa yang aku lakukan,
menerjah ruang fikiran,
masihkah ada untukku keampunan,
Gelap rasa dunia ini tanpa cahaya ilahi,
Baru kini ku sedari jalan yang aku lalui,
memusnah pedoman hidup,
Melempar hatiku ini
ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu,
Terbit cahaya darimu,
Memandu hambamu menuju iman,
menginsafi diri dengan ketakwaan dan kesabaran,
Kau terangi jalanku menuju syurgamu.
dan kau tunjuki dengan hidayahMU,
Hanyalah padaMU ku hadapkan diri mohon keampunan.
Wahai yang maha pengasih bantulah hambaMU ini,
yamg kian terumbang ambing didalam arus duniawi,
ku berdoa kepadaMU mohon limpah rahmatMU,
Moga hidupkukan bersinar kembali...

Pertamanya Alhamdulillah setelah sekian lama diriku meninggalkan coretan di alam cyber ini, diriku kembali mencoretkan sebutir mutiara buat diri ini dan sahabat-sahabat sekalian. Setelah beberapa agenda dilakukan bagi keberlangsungan islam di kampus, Alhamdulillah walaupun tidak semua yang dirancang berjalan dengan sebaik yang diharapkan. Kadang-kala diri ini terfikit adakah sahabat-sahabatku memahami segala bentuk agenda dakwah yang perlu dijalankan. Adakalanya terfikir dibenak hati ini apabila melihat ada sahabat-sahabat yang beranggapan bahawa method dakwah di kampus hanya dengan program-program, edaran risalah dan yang hanya nampak lebih kepada islamik semata. Ya....memang semua itu benar belaka....tapi mengapa mereka tidak cuba memasukkan diri mereka kedalam kasut mereka yang kita anggap mereka sebagai mad'u kita. Ya Allah berilah diriku dan sahabat-sahabatku memahami segala aspekperjuangan dijalanMu Ya Allah. Terkejut bila diri ini dikecam oleh sahabat-sahabat sendiri bila cuba menggunakan skill-skill yang begitu halus dgn menyelami mad'u dengan lebih rapat. Terngiang-ngiang lagi ditelinga ini akan kata-kata sahabat..."Nta xleh wat macamni xleh sampai tgh malam....bla..bla..bla..."..Ya Allah ampunilah diri ini jika hambamu ini melakukan kesilapan. Terfikir sejenak...dakwah ini ada had ker...xakan ana nak sampaikan msg ana pada waktu malam menjadi kesalahan...barulah ana sedari akan kata-kata seorang ustaz ketikamana ana ditamrinkan. tapi tak ingat nama ustaz 2..."Akan muncul dalam jemaah kamu nanti mereka-mereka yang cuba bahagikan diri mereka pada golongan tarbawi dan syiasi..." bila ana terfikir apa yang cuba dimaksudkan oleh ustaz nampaknya ada sedikit kebenarannya..Sebagai seorang yang mudah rapat dengan sahabat dalam j atau pun dalam kelas...ana cuba menggunakan segala peluang yang ada...ana banyak mendapat informasi dari kawan-kawan yang bukan sefikrah perjuangan agar agenda dakwah di kampus lebih terlaksana..amat menyedihkan bilamana sahabat yang mengecam sedikit sebanyak tentang skill yang lebih halus itu adalah sahabat yang tidak cuba untuk rapat dengan masyarakat yang tidak sesyiar sepertimana yang mereka izzahkan. Kalaulah tidak cuba untuk mengambil risiko, mengapa perlu ada di atas landasan ini, risiko difitnah dan sebagainya bukanlah baru dalam perjuangan ini. Sejak ketikamana nabi membawa dakwah islam lagi fitnah keatas baginda memang tidak dapat dinafikan. Kepercayaan diantara sahabat-sahabat didalam jemaah diaplikasikan ke?Mengapa wujud golongan tarbawi dan syiasi? yang sepatutnya sebagai seorang ahli jemaah menguasai kedua-duanya. Kadang-kadang perlu ada sedih dalam diri apabila melihat mad'u yang tidak mendapat inayah dariNYA...tapi sedihku apabila melihat sahabat seangkatanku bermain dengan bayag-bayang sendiri......
" Ya Allah janganlah Kau membolak-balikkan hati kami setelah Kau memberi petunjuk kepada kami....."
Ameen....

1 ulasan:

ikhwan berkata...

assalamualaikum...
wahai pemuda..,bersyukurlah kerana dipilih untuk berada di atas jalan ini..bersyukurlah kerana dirimu diplih utk mghadapi ujian ini..kau insan terpilih..Allah lebih mengetahui bhw dirimu mampu menghadapinya..ya...dipilih utk berada di jalan ini sungguh bertuah..ttp jalan ini tidak semudah disangka..jln ini tidak disediakan karpet merah tp hanya ditaburi dgn duri..jalan yg penuh onak dan badai..tp jalan inilah yg akan membawamu mnuju Tuhan..
Bersabarlah pemuda,kuatkanlah azam mu..cekalkan hatimu..tabahlah menghadapi segala tribulasi yg mndatangi dirimu..perjuangan ini tidak akn berhasil jika hanya kita yg berjuang..hanya kita yg memahami..hanya kita yg bekerja..kita tidak akan mampu melakukannya bersendirian...kita perlu kpd shbt2..
Wahai syababul muslim,mukmin dan muttaqin..,janganlah bersedih dgn apa yg mnimpa dirimu..allah bersamamu..barangkali sahabat2mu masih belum jelas dgn tugas yg digalas..dgn fikrah yg dipegang..sabarlah..carilah persefahaman dan elakknlah perselisihan..sbg seorng mukmin yg mukhlis,pasti dirimu akan mnerima nasihat dan teguran merka dgn lapang dada..ingatlah wahai pemuda, dalam tingkatan ukhuwwah, tingkat yg paling bawah adalah berlapang dada sesama akh..tidak ada yg bawah dr itu..dan tingkat yg paling tinggi adalah itsar(mndahulukan saudaranya)..
Syabab..tunjukkanlah peribadi dan akhlahkmu yg mulia..jernihkanlah hubungan dgn sahabat2 sprjuanganmu..kuatkanlah ukhuwwah sesama dirimu..eratkanlah silaturrahim antara kamu..bila persefahaman mula tumbuh..suntikkanlah jarum dakwahmu ke dlm jiwa mereka..bilamana mereka merasakn dirimu adlah pemuda yg harus dicontohi dan diikuti,pasti ketika itu dirimu tidak perlu lg berkata apa2,tp dgn mudah mereka akn memahami apa yg kau ingin sampaikan selama ini..bila hubungan sesama shbt sprjuangn yg lain mulai kukuh..bergerak melata lah di atas muka bumi ini bg mncari hati2 yg cintakan kebenaran..kesabaran yg tinggi itu perlu krn jalan ini terlalu panjang..segala usahamu tidak akan brhasil sekelip mata,tp ianya perlukan masa..allah tidak melihat kpd hasil yg kita perolehi,tp allah mnilai brdasarkan niat dan usaha yg kita garabkan..
wahai penolong agama allah..doa itu senjata mukmin..jgn lupa minta pd allah agr allah mencampakkan ukhuwwah ke dlm setiap hati sahabat2mu..agr ksh syg antara saudaramu akn mmbentuk kekuatan baru dlm mnjalankan misi dakwah..mintalah juga agr allah tetap dan tegukan hati dan kaki kita utk berada di jln ini hingga ke nafas yg terakhir..moga kita dipnggil ketika mana sdg brtungkus lumus mmprjuangkan agamaNya..amiin..
mohon maaf andai ada salah dlm apa yg ditulis dlm comment ini..ambillah mana yg baik,dan tinggalkanlah mana yg tidak baik.wallahua'lam..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...