Selasa, 22 Julai 2008

Biarkan Siswa di IPT Pakatan Berpolitik

Persatuan-persatuan mahasiswa menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) yang dimiliki kerajaan negeri Pakatan Rakyat membenarkan para pelajar mereka mendekati politik seperti kelulusan yang diberikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tiga parti Pakatan - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

student protest pwtc 150906 protestorsParti Mahasiswa Negara (PMN), yang masih menunggu pendaftaran, menyatakan kampus patut dijadikan pentas berpolitik secara serius dan politik wajar dijadikan subjek yang dipelajari semua penuntut.

"Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Kampus penting sebagai pentas awal (menceburi politik).

"Penglibatan mahasiswa bukan sekadar sebagai pengundi. Mereka sepatutnya diberikan peluang membincangkan masalah-masalah negara dengan kritikal. (Pendekatan) ini akan memberi kredit kepada mahasiswa sendiri," kata presiden penajanya Azlan Zainal.

Minggu lalu, naib canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.

Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU.

"Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata.

Penglibatan mahasiswa dalam politik, tambah Azlan, harus lebih jauh, termasuk proses pembentukan dasar-dasar negara.

"Mereka harus terlibat dalam polisi dan dasar. Kalau Orang Kurang Upaya (OKU) boleh ada wakil dalam Dewan Negara, kenapa mahasiswa tidak (dibenarkan)? Penglibatan mahasiswa akan menjadi suara ketiga antara parti-parti kerajaan dan pembangkang," katanya.

Beliau menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan UniMAP.

student protest auku 191005Beliau bagaimanapun beliau menolak penglibatan mahasiswa secara partisan.

Diminta mengulas pendirian UniMAP, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga menyokong IPT di negeri-negeri Pakatan dan BN mengikut jejak yang sama.

"Sokong, (negeri Pakatan) patut bermula. Setuju, tetapi bukan politik kepartian," kata presidennya Hilmi Ramli.

Seperti sikap PMN, beliau bagaimanapun tidak setuju jika mahasiswa terlibat langsung dengan politik kepartian.

"Mahasiswa patut jangan terlibat langsung dengan politik kepartian. Penglibatan dalam politik (harus) melampaui kepartian. Mahasiswa mempunyai idealisme sendiri tentang isu-isu nasional. Mereka ada politik sendiri," katanya.

Tindakan itu, menurutnya lagi, bukan sahaja patut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan tetapi di seluruh negeri.

Ditanya sama ada mahasiswa harus dibenarkan melibatkan dalam aktiviti parti-parti politik, Hilmi berkata:

"Tidak boleh ada campur tangan parti politik (dalam universiti). Kalau mahasiswa mahu memihak, itu hak seseorang siswa tetapi universiti tidak boleh menjadi sarang mana-mana parti politik."

Setiausaha Agung, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Faisal Mustaffa, turut memberikan pendapat yang sama.

um student hotel stay campus polls"Secara prinsipnya kita sokong tetapi belum dibincangkan lanjut di peringkat pimpinan tertinggi," katanya.

"Wajar (dilaksanakan) di negeri-negeri Pakatan. Sudah ada kuasa. Mahasiswa sebelum ini mungkin takut (terlibat dalam politik).

"Mereka masih dalam proses penyesuaian. Mereka masih berjiwa pembangkang, belum wujud jiwa kerajaan. (Pemikiran masih) di takuk lama."

Beliau melihat masalah pelaksanaan langkah ini pada AUKU yang menyebabkan mahasiswa tidak terlibat dalam politik terutamanya bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Masalahnya pada AUKU. Mereka patut terlibat dalam politik dan (melalui) NGO, terutamanya. Penglibatan itu dapat memberikan mahasiswa ruang membina nama," katanya.

Kemasukan parti politik ke universiti bagaimanapun, tambahnya, patut "ada had" dan "bukan untuk berkempen".

"Buka ruang debat. Parti politik ingin masuk ke universiti boleh, tetapi bukan untuk berkempen. Sebaliknya, berbincang dan menyuarakan pandangan masing-masing. Ambil pandangan (kita), bincang, debat," katanya.

Draf pindaan AUKU, yang sering dianggap penghalang utama pembabitan mahasiswa dalam politik, kini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berharap jabatan itu menyegerakan proses semakan untuk pindaan "agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu."

"Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu," katanya bulan lalu.

Beliau berkata draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum dikemukakan kepada kabinet.

syabab

Selasa, 8 Julai 2008

MESEJ DARI SAHABAT BUAT SAHABAT

~“SemANgAT tidak Dilahirkan bersama Manusia tetapi datang setelah cita-cita ade matlamat” (dr; ibrahim)

~MANISNYA ukhwah kerana manisnya IMAN , diikat kuat bukan kerana aliran darah, tetapi di patri kerana ALLAH ,bersabar dengan karenah insan dan menegur dengan penuh kasih kerana enggan terpisah di hari pembalasan.........

(dr;nabila)

~Saya buatkan secawan teh istimewa untuk awak menjamuh sahur di dalamnya tak de gula tapi.................pengirim mesej ini Orangnya. manis

)

))

((

o C<____>

ISLAM tak perlukan kita

Kita yang perlukan ISLAM

PERJUANGAN tak perlukan kita

Kita yang perlukan perjuangan

Tanpa kita .ISLAM & PERJUANGAN

Akan terus hidup

Tapi tanpa ISLAM & PERJUANGAN

Siapakah kita ???????????????? (dr;ibrahim)

~ As,kum,Tuan adalah lebih mulia dari saya

Sebab tuan ada kalimah LAILLAHAILLAULAH.

Kejayaan kita adalah sejuah mana kita taat perintah ALLAH S.W.T nafi kuasa makhluk .tiada hak cipta dalam agama .

(dr; jasman)

~ “PerkaRa yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah

apabila terbenamnya matahari, umur ku berkurangan,akan tetapi amalanku tidak bertambah” (ibnu mas’ud) (dr: nabila)

~carilah sahabat apabila dilihat wajahnya teringat ALLAh....... Mendengar katanya... iman bertambah & bila mendampinginya kita tenang...... Inilah SAHABAT sejati..

(dr. 0173258510)

~Dunia ibarat pentas lakonan, Manusia itulah pelakon dan pengarah utamanya AL-QURAN dan AS-SUNNAH itulah skripnya manakalah MALAIKAT itulah jurugambarnya, ISLAM jalan ceritanya , KIAMAT kesudahan pengambarannya, berkumpul dipadang MAHSYAR adalah tempat menerima penganugerahannya, RASULULLAH S.A.W “pelakon terbaiknya” ALLAH S.W.T adalah jurinya manakalah SYURGA & NERAKA itulah Trofinya

RENUNGKANLAH!!!!!!!!!! (dr:ibrahim)

~Di mahsyar kelak perkara pertama yang akan dihisab ialah SOLAT. Bagaimanakah solat kita? Diterimah ALLAH ? Adakah sekadar menunaikan atau mendirikan solat? Umat manusia akan dibariskan sebanyak 120 saf dan hanya 3 saf yang ke syurga......... di barisan manakah saf kita sekarang????? FIKIRKAN.....RENUNGKANLAH..........Agar kita bisa menempah 3 saf pertama, Amien.. (dr: nabila)

~PERSAHABATAN ibarat satu janji yang di buat di dalam hati tak dapat ditulis tak dapat dibaca. Namun takkan pisah dek jarak takkan berubah dek masa sekali kita BERSAHABAT selamanya tetap SAHABAT.. (dr: amir )

~Jika DOAmu DimakBulkan,Tandanya 4JJl Menyanyagimu,Jika Doamu lambat DimakBulkan TandanYa 4JJl Ingin menguji Mu,

Jika Doa Mu tidak DimakBulkan TandaNya 4JJl MeraNcang Terbaik Untuk Mu.................... (dr:nabila)

~Jadikan AL-QURAN seBAGAI PeNawar HATI ZIKRULLAH SebaGai penghibur HATI

SOLAT sebagai pelindung diri

TAKWAH sebagai baja DALAM taman HATI, DAN SAYA Sebagai TEMAN sejati........he...he. (dr : amir)

~DUNIA ini untuk Kegembiraan,Akan tetapi kegembiraan itu dibungkus Dengan keSuSahan.

DUNIA jambatan yanG TiDaK kekAl untuk dilalui ke negeri

yang baqa... .................... (dr:nabila).......

~”kadang-Kadanng Allah MenghilangKAN sekeJAP MatahAri ............kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat ........... puas kita menangis MenCAri mana matahari ,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah”


~ “DA’I ibarat tiram di laut,dihiris pepasir tercalarlah ia,sngguhpun terluka tetap dipendam,sungguhpun pedih tapi tetap disimpan,NAMUN AKHIRNYA DIBALAS MUTIARA BERHARGA.”....(DR; ubaid)

~sahabat............. jika kau kasih padaku kerana peribadiku..ktahuilah bahawa aku insan yang x sempurna

Jk kau terhibur krn ttur kataku,mkin suatu hari aku akan menyakitimu,,,, jika setiamu kerana kita telah lama bersama Ketahuilah BAHAwa AKU KAN PERGI JUA... 1PINTA KU hargailah persahabatan ini saat kita berkenalan ,terimahlah baik&buruknyadiriku....smoga ukhwah kita berpanjangan..>>amin

(dr; sabarullah)

~ janganlah diri mu kecewa dengan masalah yang timbul hr ini,kemungkinan Allah tlh sediakan Kbhagian untuk hari esok biarla kita x sempurna pada pandangan MANUSIA, dan orang tak suka,tp di cc Allah kita dipandang MULIA penuh rahmat dan kasih sayangnya bila bermula yang kekeliruan, maka tegaklah dengan MATAMU,lihatlah dengan HATI MU,renunglah dgn akal & FIKIRLAH dengan IMANMU,insyaAllah tersurat akan tersirat danyang tersirat akn terbentang..”sesungguhnya perjuangan hidup itu pahit,syurga jua penuh kemanisan,maka tabahlah untuk KEMENANGAN dikemudian hari...(dr:ubaid)

~KEMENANGAN itu sedang menanti walaupun tekanan semakin dasyat menghimpit kita..ingatlah sesungguhnya fajar pastiakan terbit walaupun kegelapan masih panjang...-imam Hasan albanna>..(dr;nasuha)

~>’-‘<> janganterlalu cintakan dunia~ia bukan NEGERI orang beriman,jangan berkawan dengan syaitan~ia bukan teman orang beriman,jangan sakiti hati sesiapapun~ia bukan sifat orang beriman>Al-ilm bil’amalin kas syajari bila thamarin..(dr;nasuha)

~”ukhwah itu bukan pada pertemuan tapi pada ingatan pada saudaranya dalam doa”..imam ghazali-ukhuwahfillah abadan abada-(“,)..(dr:ubaid)


~>when my servants ask the concerning me,i am indeed close(to them);listen 2 the prayer of every suppliant when he calleth on me:let them also,with a will,listen 2 my call,& belive in me:that the way walk on the right way...(dr:sabarullah)

~bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu,yang mencipta segalanya,yang menimpahkan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginan muterhalang,serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,bukan Allah tak tau deritanya hidupmu,retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang dia mahu kerana dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akhrab dengannya...(dr:niswa)

~sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita & siapa Allah yang hakiki..cukup memberi kesan dihati.. ucapan “aku tak mampu ya Allah” biasa terkeluar darihati kita..rintihlah pada illahi..kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya..Andai ditimpa ujian ini,adakah kita akan mengigati Allah...tanyalah iman,kerana dia bisa memberi jawapan yang paling jujur..tidak Allah timpahkan ujian melainkan kita mampu menghadapinya & tidak Allah mencabut sesuatu melainkan mengantinya dengan yang lebih baik..nantikan hikmahNya..pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan..(“,)....(dr:azami)

~jika dia diam,diamnya sangat menyenangkan,jika dia senyum,senyumannya sangat membahagiakan,jika...jika..dan jika..semuanya membuatkan kita selesa.. itulah dia insan yang mempunyai akhlak yang terpuji dan amat bermakna dalam hidup kita..(^_^)...(dr:sabarullah)..

~jika masalah yang saya hadapi menemui jalan kebuntuhan maka saya akan beristiqfar kepada Allah lebih kurang seribu kali,niscaya Allah akan membukakan jalan keluar..’~ibnu taimiyyah.. (dr:ummu)

~sahabat adalah seperti tangan dengan mata bila tangan sakit mta menangis..bila mata menangis,tangan akan kesat airmata..semoga persahabatan kita berkekalan akhir hayat(“,)..(dr:amir)..

“cintailah yang mencipta lebih daripada yang dcipta kerana yang mencipta itulah mencipta yang dicipta dan mencipta cinta untuk dcipta mencinta yang mencipta dan dicipta............. (dr:ibrahim)

~ Selangkah kealam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan.biarla menangis,terluka,kecewa dan ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah.kita tak snggup selamanya terluka,tapi ingatlah setiap titisan darah dari luka&airmata itulah mahar kita kesyurga..bila ditanya kenapa berjuang itu pahit,jawapannya kerana syurga itu manis..moga dirimu sentisa tabah dalam perjuangan dijalan Allah….SELAMAT MENGHADAPI UJIAN...(dr:kak hayati mulk)

Kembali Semula

Alhamdulillah, lama rasanya tidak update blog. Hari ini masuk hari kedua kuliah, setelah penat dengan kursus-kursus dan menjadi ahli jawatankuasa pelaksana minggu haluan siswa bagi sesi 08/09 banyak perkara yang telah berlaku sepanjang cuti semesta baru ini. Kemasukan pelajar untuk ke UTMKL pada kali ini tidak lah terlalu ramai sepertimana batch sebelumnya. Kemasukan pelajar hanya 364 orang bagi kemasukan kali ini. MHS kali ini sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada saya sebenarnya. Secara tidak langsung memberikan semula gambaran kepada saya ketika mula-mula menjejaki kaki ke UTMKL. Alhamdulillah walaupun bilangan mereka sedikit, namun terpancar diwajah mereka cahaya keimanan yang meronta-ronta mencari erti kehidupan di alam kampus sebenarnya. InsyaAllah kampus UTNKL akan lebih bercahaya dengan mereka yang inginkan tarbiah islamiah di kampus ini. Ramai yang berpotensi untuk menggerakkan dakwah islamiah di bumi UTMKL ini walaupun mereka bukanlah dari bidang pengajian islam yang majoriti adalah dari bidang kejuruteraan. Suka ingin saya menceritakan keadaan yang berlaku pada minggu haluan siswa apabila seorang daripada pelajar baru meronta-ronta pada malam kedua MHS akibat daripada saka yang berada dalam tubuhnya. Dalam keadaan yang kelam kabut AJK MHS ingin menguruskan pelajar tersebut kebanyakan daripada pegawai universiti yang bertanggungjawab tiada di tempat sepatutnya. Saya masih ingat dengan taklimat yang diberikan kepada AJK MHS sebelum tibanya pelajar baru, semuanya mengatakan mereka berada dalam keadaan "standby" ketika minggu haluan siswa. AJK merasa kecewa apabila kebanyakan daripada mereka masih menggunakan prosedur biasa untuk menguruskan kes kecemasan walaupun kes kecemasan berlaku. Apakah mereka ni tidak langsung menyediakan plan kecemasan apabila kes kecemasan berlaku? Pengawal keselamatan terpaksa menggunakan prosedur biasa apabila ingin menggunakan kenderaan untuk menguruskan pelajar tersebut sehinggakan salah seorang dari AJK MHS terpaksa merampas kunci kereta tersebut dari pengawal keselamatan tersebut untuk menghantar ke klinik kerana pada ketika itu semua beranggapan pelajar tersebut asma. Dalam keadaan yang kelam kabut tersebut jugalah ada kedengaran suara yang menyebut "jaga kayu". Nak dijadikan cerita kes "jaga kayu" ini menjadi besar. Pengawal keselamatan telah menggunakan SB (unit cawangan khas) untuk menyiasat kes disebabkan ada AJK yang menyebut "jaga kayu". Seramai 8 orang telah disiasat berkaitan kes yang tidak masuk akal langsung. Akibat daripada tekanan mental yang dilakukan oleh pengawal keselamatan, salah seorang AJK MHS pengsan kerana tidak tahan dikenakan tekanan sedemikian. Bagi saya kes seperti ini tidak memerlukan prosedur yang sebegitu rupa kerana hanya melibatkan kepentingan peribadi sahaja. Jika setakat diperkatakan sebegitu rupa mereka sudah hilang tujuan sedangkan banyak lagi kerja yang patut diselesaikan, memang amat memalukan. Kita semua mengharapkan keselamatan pelajar terjamin didalam kampus, tapi apa yang telah dilakukan oleh pengawal keselamatan adalah mengancam keselamatan mahasiswa UTMKL. Dengan pembangunan UTMKL sekarang ini adakah mereka lebih fokus dalam perkhidmatan mereka atau sekadar mereka yang beruniform untuk menyaman pelajar???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...