Sabtu, 14 November 2009

.: CAWAN YANG CANTIK:.


sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yg cantik.
'lihat cawan itu,'kata si nenek kepada suaminya.'kau betul,inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat' ujar datuk.

pada ketika mereka mendekati cawan itu,tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan berbicara:-
'terima kasih untuk perhatian anda,perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik.sebelum menjadi cawan yg dikagumi,aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna. namun suatu hari ada seorg penjunan dgn tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. 'Stop!Stop!' aku berteriak. tetapi org itu berkata, 'Belum!'Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.

'Stop!Stop!' teriakku lagi.tapi org ini masih saja meninjuku,tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.

'Panas!Panas!' teriakku dgn kuat. 'Stop!Cukup!'teriaku lagi. tapi org ini berkata ,'Belum'. akhirnya is mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. aku fikir,selesailah penderitaanku.

oh ternyata belum. setelah sejuk aku diberikan kpd seorg wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. 'Stop!Stop!' aku berteriak. wanita itu berkata, 'Belum!'. lalu ia memberikan aku kpd seorg lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yg lebih panas dari sebelumnya. 'Tolong! hentikan penyiksaan ini!, sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. tapi org ini tidak peduli dgn teriakanku.ia terus membakarku. setelah puas 'menyiksaku' kini aku dibiarkan sejuk. setelah benar2 sejuk seorg wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. aku melihat diriku. aku terkejut sekali. aku hampir tidak percaya, kerana dihadapanku berdiri sebuah cawan yg begitu cantik. semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.

--------------------------------------
seperti inilah kehidupan yg membentuk kita. dalam perjalanan hidup akan byk kita temui keadaan yg tidak menyenangkan,sakit,penuh penderitaan,dan byk air mata. tetapi inilah satu-satunya cara utk mengubah kita supaya menjadi'cantik'
jgn lupa bahawa cubaan yg kita alami tdk akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tdk ada alasan utk tergoda dan jatuh dlm dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup. jgn kecil hati,krn Tuhan sedang membentuk anda. bentukan2 ini mmg menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai,anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda utk kehidupan yg lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

UJIAN BUATMU


Pertama dan selamanya alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, sekian lama meninggalkan blog ini bersawang tanpa adanya ubat-ubat dan penawar yang boleh membersihkan sawang ini. Alhamdulillah saya cuba untuk membersihkanya.
Nampaknya habis sudah 1 sem berada di UTM skudai, kini sudahpun tahun 2 selepas 3 tahun berada di UTMKL. Berada disini bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan membanggakan. Sebagai hamba Allah ujian yang mendatang adalah sebagai satu tempoh untuk mematangkan serta memantapkan iman kita. Di dunia akhir zaman ini, anak adam tidak mudah untuk terlepas dari fitnah dunia. Ini telahpun dinyatakan di dalam hadith yang soheh.

Sebagai hamba Allah, saya juga seperti kalian semua yang juga tidak terlepas dari ujian Allah SWT. Sebenarnya inilah satu peluang bagi kita untuk memantapkan iman kita. Masih lagi saya ingat akan nasihat seorang sahabat kepada saya ketikamana Allah memberi sedikit ujian kepada saya. “Allah takkan timpakan ujian melainkan hambanya dapat hadapinya” inilah antara bait-bait kata sahabat yang cuba memberi sebuah semangat dan ingatan.

Sudahpun 3 hari sebenarnya saya habis menjalani peperiksaan akhir bagi sem yang pertama saya disini. Agak boleh tahan jugakla. Gelagat mahasiswa disini tidak ada bezanya sewaktu saya berada di UTMKL suatu ketika dahulu, surau dan masjid ramainya tetamu tidak seperti kebiasaannya. Teringat saya akan satu khutbah jumaat, ketika itu khatib memberitahu janganlah kita beribadat dan beramal mengikut musim sahaja, beramal dan beribadatlah kamu sepanjang masa kepada Allah. Kita tidak lain dan bukan diciptakan Allah untuk beribadat kepada Allah. Ya, kini kita melihat akan sesuatu yang bukan lagi jarang-jarang berlaku, tetapi ia kerap berlaku dan sudahpun menjadi tradisi masyarakat kita.

Sahabat sekalian, manusia juga dicipta sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ini. Tidak lain dan tidak bukan kita adalah daie yang seharusnya mempunyai iman dan amal. Alhamdulillah, didalam keretapi ketikamana dalam perjalanan pulang kerumah dari Johor Bahru, ada seorang pakcik yang sudahpun berumur dengan berpakaian lusuh dan mengenakan serban bercorak merah duduk dibelakang tempat duduk saya. Ketika itu saya tidaklah terlalu mempedulikan pakcik itu, tetapi apabila sampai sahaja di stesen mengkarak, pakcik itu meminjam akhbar dengan rakan di sebelah saya, maka dipendekkan cerita terjadilah ta’aruf. Rupa-rupanya pakcik itu orang tumpat Klate. “namo gapo gak anok ni” kata pakcik itu. Saya pun memperkenalkan nama saya. Tiba-tiba sahaja “kamu adalah pendakwoh, kito semuo adalah pendakwah, hari ini kita ramai ore yang nok bawak dakwoh, kecek tentang amal, kecek tentang iman tapi ore yang bawak dakwoh tu tok sedar yang dio tu tok beramal, buat program dakwah sampai pukul tigo empat pagi, subuh pah mano, tak berjemaah, bangun lewat…masyaAllah nauzubillah” inilah kata-kata pakcik yang saya baru kenal tadi. Kuatnya pakcik ni bercakap, masyaAllah satu gerabak dengar, menjadi tumpuan sekejap.

DABBB!!! Terdedik dalam hati saya alangkah besar ujian buatmu wahai daie, membawa kata-kata menyedarkan orang tetapi beban kepada diri sendiri lagi besar menanggung kata-kata.

“ Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”
( As Soff : 3-4 )


Ayat ini sebenarnya tidak asing lagi buat mereka yang bergelar daie. Marilah sahabat sekalian kita merenung jauh akan kata-kata pakcik tersebut. Ya, ada benarnya. Ramai hari ini yang punyai ijazah, master, PHD dan sebagainya dalam bidang tersendiri, tetapi siapakah kita tanpa persiapan dalam membimbing diri kejalan dunia dan akhirat dengan iman dan amal yang sebenar-benarnya. Wahai daie sekalian, kalian ibarat membaling bola kedinding, membaling bola yang akhirnya bola itu kembali kepada diri sendiri. Menunding satu jari, tetapi jari yang banyak lebih tebah kearah diri sendiri.
Wallahualam

Isnin, 24 Ogos 2009

.: Sejarah Penting dan Peperangan di Bulan Ramadhan :.

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:



BULAN DITURUNKAN AL KITAB



Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.



PERISTIWA BADAR



Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.



ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH



Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.



PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK



Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.



ISLAM SAMPAI KE YAMAN



Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.



KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA



Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.



PENYERAHAN BANDAR TAIF



Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.



PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)



Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.



PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL



Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.



TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL



Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.



PEPERANGAN YAKHLIZ



Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.



TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL



Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Khamis, 30 Julai 2009

Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana tudungnya




Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.
Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.
Hari Jilbab Antarabangsa
Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.
Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.
Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.
Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini
Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.
Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.
Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de(disunting dari pelbagai sumber)Di petik dari blog http://www.niknasri.com

Rabu, 6 Mei 2009

BERSEDIAKAH KITA (1)

Sedar dan dalam keadaan tidak sedar kita mengetahui bahawa dunia Islam pada hari ini bukan sahaja di cerca olah orang bukan islam, bahkan diantara yang mengakui sebagai islam sendiri melihat islam sebagai bukan panduan secara adilnya dalam kehidupan didunia yang sementara menuju ke negeri abadi. Saya cuba ingin bawakan satu imbasan kepada semua pembaca supaya kita sedar bahawa semuanya bermula dari titik tolak perkembangan islam sebelum saya ingin menceritakan sedikit pengalaman berjumpa dengan seseorang yang mencabar tahap persediaan kita sebagai “abnaulharakah”.

Islam telah berkembang dan bermula dakwahnya dengan seorang manusia istimewa yang diberi nama Muhammad. Di Gua Hira’ beliau didatangi Jibril, Jibril berkata kepada baginda, “BACALAH”. “Bacalah dengan nama tuhanMU yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al-Alaq:1-5

Menjadi rasul utusan Allah, maka bermulalah dakwah baginda menyeru umat menyembah tuhan yang esa. Kita melihat, pada 625 masihi, peperangan Badar yang pertama didalam sejarah umat islam, 313 muslimin menetang 1000 musyrikin. 631 masihi, pembukaan semula Kota Mekah selepas musyrikin Mekah gagal mematuhi Perjanjian Hudaibiyah.
Selepas baginda wafat pada 632 masihi, perjuangan disambung pula oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Islam terus berkembang luas bertitik tolak di bawah pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. 633 masihi pengumpulan Al-Quran bermula. 638 masihi dibawah pemerintahan Khalifah Umar, tentera muslimin menawan Baitul Maqdis yang sebelumnya di bawah kekuasaan Empayar Byzantium.

661 masihi, Khalifah Muawiyah mengasaskan Dinasti Umayyah. Ilmu berkembang pesat dibawah pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz. Seni ukiran, system pengasingan air yang sekarang disebut sebagai system olahan air dan juga system pengairan kincir air untuk tanaman-tanaman wujud dan berkembang dengan baik.

Zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah bermula pada 752 masihi, 763 masihi penubuhan Kota Baghdad, 786 masihi telah dikenali sebagai Zaman Abbasiyah pada zaman pemerintahan khalifah Harun Ar-Rashid dan anaknya Al-Makmum. Pada ketika ini, Baitul Hikmah didirikan, mempunyai setengah juta buku berjilid dan 36 buah perpustakaan sehinggakan pada ketika itu untuk memindahkan kesemua buku ini memerlukan 120-400 ekor unta.

800 masihi kaedah saintifik dicipta, Al-Khawarizmi mengasaskan al-jabar(al-gebra) dan pada ketika ini ilmu falak bermula, akibat dari kemajuan yang dikecapi oleh islam, ia secara tidak langsung menarik beberapa pengkaji dari barat, antaranya Master Jacob dan Fibonacci yang tertarik dengan pemikiran Al-Khawarizmi. Buku Al-Razi, Al-Asrar diterjemahkan ke Bahasa Latin dan menjadi rujukan kimia di barat. Teori al-Kindi dalam bidang optic juga telah mempengaruhi seorang pakar mata barat iaitu Roger Bacon. Buku Ibnu Sina, Qanun fi-Tibb juga sangat berpengaruh di barat. Pada zaman ini jugalah bilangan Doktor sangatlah ramai, sehinggakan mereka yang ingin mengambil jurusan kedoktoran perlu ditapis. Ketika ini juga, pertejemahan buku dari tamadun lain juga giat dilakukan, ia merupakan profesion yang paling kaya ketika itu.

Di Andalusia pula, kerajaan Bani Umayyah Sepanyol telah diasakan pada 756 masihi, Cordoba menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 masihi, terdapat sebuah Universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan seluruh dunia, juga menjadi pusat ekonomi antarabangsa suatu ketika dulu. Pada 1000 masihi, masjid Cordoba siap dibina, ia menampilkan seni bina yang unik dan seni ukiran yang halus. 1238 masihi, Istana Alhambra, Granada dibina menjadi tempat kediaman kerajaan Nasrid yang terukir kata “wa la ghalib illallah” tiada penakluk yang berkuasa melainkan Allah, ia sebagai peringatan bahawa kehebatan mereka hanyalah kecil berbanding Allah. Andalus pada ketika ini telah melahirkan ramai tokoh ilmuan yang disegani, bidang falsafah seperti Ibnu Bajah, Ibnu Rusd dan Al-Farabi, Bidang muzik seperti Ibnu Firnas dan Ibnu Ziryab, bidang astronomi seperti Ibnu Aflah, Az-Zarqiyali dan Majriti.
Ilmu-Ilmu Baghdad dan Andalus Berjaya mengharmonikan falsafah Yunani tua dengan tamadun islam dan membuka mata orang-orang barat sehingga mencetuskan suatu zaman yang dikenali sebagai zaman renaissance.

1187 masihi menyaksikan kehebatan kepimpinan islam apabila baitul maqdis ditawan semula oleh Salahuddin Al-Ayyubi dan tenteranya. Di bawah pemerintahannya, umat islam disatukan dari Lembah Nil hinggalah ke Lembah Furat. Pada 1192 masihi, eropah sekali lagi menghantar tentera yang lebih besar tetapi juga kalah di bawah tentera Salahuddin Al-Ayyubi. Di dalam perang salib ini, ketokohan Salahuddin menyebabkan kaum muslimin patuh kepada arahannya. Orang-orang Arab Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad. Salahuddin ternyata Berjaya menyatukan mereka sehingga tiada yang memberontak sewaktu pemerintahannya.

Sekali lagi kita menyaksikan pemuda yang Berjaya dalam kepimpinannya sepertimana yang telah dinyatakan di dalam hadis nabi yang menyatakan sebagai sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera, beliau adalah Sultan Muhammad Al-Fateh. Gelaran Al-Fateh diberikan yang bermaksud penakluk. Pada 1453 Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Konstantinopel yang mana usaha untuk menawan kota ini telah gagal selama 800 tahun, sehinggalah kemunculan raja ini yang berusia 24 tahun(ada yang mengatakan 21 tahun). Baginda mengupah jurutera bangsa Hungary untuk mencipta meriam dan Berjaya menembak peluru seberat 300kg dan sejauh 1 batu.

Ini adalah diantara imbasan sejarah islam sehinggalah berlakunya kejatuhan khilafah Uthmaniyah pada 3 Mac 1924 dan muncul kembali satu gerakan 4 tahun selepas itu yang di mesir yang pada ketika itu seorang mujadid unggul merasakan bahawa perlu dikembalikan semula era pemerintahan islam iaitu jemaah ikhwanul muslimin yang dipelopori oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pada tahun 1928.

“ Iaitu mereka (umat islam ) yang jika kami berikan mereka kekuasaan untuk memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta member zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari melakukan kejahatan dan mungkar. Dan Ingatlah, bagi Allah jualah kesudahan segala urusan” (al-hajj:41)

Untuk seterusnya saya akan ceritakan dalam posting yang kedua….bersambung..

Selasa, 5 Mei 2009

MENGANJAK SERIBU MACAM PARADIGMA DI DALAM DIRI.

Seorang manusia sudah semestinya akan melihat sesuatu yang lebih bermakna bagi hidupnya. Tidak kira bilamana seseorang itu melihat perkara yang baik itu menjadikan dirinya lebih bermakna, namun tidak terlepas juga seseorang manusia melihat sesuatu yang bercanggah dipandangan syariat sekalipun, menjadikan ia sesuatu yang bermakna bagi mereka. Kita boleh melihat contoh yang terdekat, seorang penagih dadah tegar sudah tentu merasakan dadah itu sesuatu yang baik baginya kerana dapat memuaskan serta melengkapi hidupnya

. Ya..jika kita bandingkan mereka yang cuba meraih keredhaan Allah SWT, sudah tentu ia akan pastikan ibadahnya diterima oleh Allah SWT, segala perjalanan hidupnya akan dipastikan supaya mendapat keredhaan Allah. Saya juga seorang manusia, anda pembaca juga sebagai seorang manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Saya cuba untuk menganjak paradigma dalam tulisan di alam cyber ini supaya boleh menyentuh dari pelbagai sudut pemikiran pembaca yang menjenguk blog ini. Saya yakin dan percaya anda semua pernah mendengar tentang IQ, EQ dan SQ. Bila kita melihat di dalam konsep yang diasingkan tadi, kita dapat menyingkap satu rahsia kecerdasan akal manusia dalam melakukan satu paradigma keatas sikap, perwatakan, ketangkasan berfikir berdasarkan Al-Quran.

Kita kadangkala akan merasakan diri perlu diubah untuk mencapai kearah yang lebih sempurna, dan sememangnya telah diajarkan di dalam agama islam supaya kita sentiasa meningkatkan diri kita didalam apa jua aspek sekalipun. Berubah dari yang tidak baik kepada yang baik, dari baik kepada yang lebih baik. Ya..itulah yang kita impikan. Akal yang dibekalkan kepada kita membuatkan kita akan sentiasa mencari kesempurnaan. Alangkah indahnya mereka yang mendapat hidayah setelah melalui jahiliah suatu ketika. Secara tidak lansung kita akan merasakan nikmatnya. Bila menyentuh bab akal saya teringat bila meneliti tentang Spiritual Quotient (SQ). Pada mulanya, di dalam bahagian ini menyebutkan bagaimana manusia ingin menggapai satu paradigma daripada tidak mengenal tuhan dan cuba untuk mencari tuhan, diceritakan bagaimana manusia satu ketika dahulu cuba dengan bermacam-macam hujah untuk mengatakan bahawa inilah tuhan.

Namun bukanlah saya ingin bercerita dengan lebih lanjut mengenai pencarian tuhan dan tentang kehebatan akal secara seluruhnya, mungkin di masa akan datang bolehlah saya berceritakan bercerita mengenainya.

Cumanya saya ingin mengajak anda semua, bagaimana kita cuba menggunakan segala kekuatan untuk kita melakukan satu paradigma didalam diri supaya kita bermanfaat untuk semua yang berada disekeliling kita. Kita tahu yang Allah berfirman didalam Alquran, mafhumnya..Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang merubahnya.
Jadi mari lah kita bersama berfikir dan merenung supaya ummah lebih maju.

CHANGE YOUR PARADIGM

Moga diberi kekuatan…Ameen…

Ahad, 26 April 2009

.::MENGAPA::.







sahabatku,

marilah kita berinteraksi dengan Allah

tanyalah Allah mengapa, Dia punya segala jawapan buatmu



sahabatku,

kita di uji dengan pelbagai dugaan

apatah lagi dugaan sebagai seorang dai'

ujian yang tidak mungkin di tempuhi oleh mereka yang mengunci diri

di dalam rumah untuk beribadah pada Allah

la yastawi

ujian mereka, uijian kita berbeza

namun memilih untuk iltizam dan tsabat pada jalan ini

lumrahnya pasti di taburi duri yang tajam



sahabatku,

jarang sekali kita merenung ke dalam diri sambil berinteraksi dengan

Allah rabb yang maha Agung

mengapa kita rasa sakit?

mengapa kita rasa pedih?

mengapa kita merasa di hina?

mengapa kita rasa kecewa?

mengapa kita rasa tidak mampu untuk berbuat sesuatu?

ya rabb kami mengapa Engkau uji kami dengan pelbagai perasaan ini?



lupakah sahabatku...

setiap apa yang engkau alami adalah hasil dari tanganmu

setiap apa yang kau rasa adalah hasil dari tindakanmu

setiap apa yang kau rasa adalah hasil niatmu



sahabatku,

pernah tak kita bertanya pada diri?

ya rabb, kenapa aku merasa pedih yang teramat?

kesalahan apakah yang aku lakukan hingga Engkau mendatangkan

perasaaan sakit ini?

dosa apa yang telah lakukan hingga Engkau mendatangkan perasaan

pedih ini?

tunjukkan aku hidayahMu ya rabb



sahabatku,

ketahuilah, setiap apa yang kita rasa adalah hadiah Allah

hadiah Allah untuk menghapuskan dosa kita

kita terasa pedih,mungkin kerana kita melakukan kesalahan yang tidak

kita sedari, tapi Allah itu maha Pengampun, Dia azab dengan rasa

pedih di dunia yang akibat dari tindakan kita sendiri, maka bukankah

Allah mengurangkan azab akhiratmu dangan menggantikannya dengan azab

di dunia?



terima kasih ya Allah.



tapi sahabtku,

bagaimana jika setiap kali kita merasa pedih

lalu kita katakan ini semua kerana mereka itu, kerana dia itu,

kerana kaulah aku sakit,kau punca aku begini...wanauzubillah

kita meletakkan kesalahan kita pada manusia lain



sahabatku

bukankah kita mendapat pentarbiahan bermanhajkan rabbani

mengapa perlu kita relatedkan setiap apa yang kita alami dengan

manusia dan isi dunia?

mengapa tidak kita relatedkan dengan pentarbiahan dari Allah?



setiap nikmat dan ujian Allah haruslah di iringi dengan kesyukuran,

bukanlah kekufuran



seharusnya kita seorang yang mendapat pentarbiahan merelatedkan

dengan setiap apa yg kita alami dengan Allah, bukanlah dengan manusia



lalu kita akan menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur dengan

setiap apa yang kita rasa dan alami

dan bukannya bertukar menjadi kufur dengan nikmat dan ujian Allah.



sahabatku

ingatlah, setiap apa yang kita alami adalah hasil dari tindakan kita

lalu Allah menurunkan rasa sakit sebagai hadiah dariNya supaya kita

kembali munajat padaNya menjadi orang yg bersyukur dengan pesanan

dan tanda-tanda yang Allah tunjukkan pada kita.

beruntungnya kita,perasaan sakit kita adalah kerana Allah

mengampunkan dosa kita...subhanallah

jauhkan kami dari menjadi org yang kufur dengan anugerahMu



hebatnya engkau wahai dai illaah



sudah semestinya engkau hebat dan bertuah

manakan tidak, kerana engkau menjadi antara yang berjuta dari orang

yang solat, lalu darjatmu di angkat menjadi seorang penegak kalimah

Allah.

teruskan langkah kita wahai sahabat

jangan melayan keranah perasaanmu

jangan melayan hatimu yang cintakan dunia

ayuh kejar syurgaNya

langkahkan kakimu...



Allah hu Akhbar

Sabtu, 18 April 2009

Kasihnya Seorang Adik

Aku seorang kakak yang cuma ada seorang adik lelaki. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

Ayah: Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!
Ibu: Tapi apalah maknanya bang.. Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg…!! sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…

“Kak… untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur & simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

Aku: Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.
Ibu: Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

Aku: Sakit ke? aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
Adik: Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi… aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

Adik: Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain? Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
Aku: Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
Adik: Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

“Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya… .” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

EPAL HIJAU



Bismillahirrahmanirrahim....

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..

Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising

masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain

saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari

publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita

Macam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..

Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10

ringgit..

Saya mula berfikir..

"Adakah aku perlu BERCINTA?"

Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4

itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..

Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting

dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..

saya pun mulalah BERCINTA..Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat

Apa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..

Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa

ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..Mase bercinta memang indah..

Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurau Sikit-sikit gelak-gelak kalau merajuk men pujuk2..

kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..Untuk diri ini,terasa amat bahagia..

Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir..

Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam..

Asalkan awak memahami saya..Satu hari saya dengar ceramah..

Alhamdulillah..

Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah..

Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..

Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,

Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..

Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)

saya ajak awak saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..

Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple..Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..

Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..

Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwang, janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je...Dan awk terima perubahan saya itu..

Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..

Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu

Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..

Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang

perkahwinan..



Dalam proses perubahan saya,

Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..

Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat

kelak. sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,

surah ke 7,ayat ke 164:

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik

Tegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa.. saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. macam betul pulak..huhu~~ tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu..

kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. dan teruskan saja hubungan kita.. kita tak buat maksiat..

Kita jalan-jalan tak pegang tangan.. tak jiwang-jiwang..

Cuma saling ambil berat..

Tanya khabar..

Borak-borak..

Siap bagi tzkirah lagi..

Apa yang haramnya dengan benda ni?

Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...



Masa ni dah nak dekat Final Exam.. dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group

Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima.. ada juga yang buat tak tahu

Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah pula.. macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..

Tapi tak kisah.. saya ada tempat mengadu.. huhu~~



Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?

Maka tidakkah kamu berfikir?”


(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.

Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,

Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..

Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.”

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?

Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?

Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?

Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..

Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..

sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..

Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..

Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.

Tapi saya tragak-agak.. "Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak

buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau

tak buat salah, apa nak ditakutkan?" Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..

Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit

boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni,

saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan

biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?" "Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik

kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.

Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam

ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah

jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah. "Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak

pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni." Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada

saya ayat ini:

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka

memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”


(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan

itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah.

Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia

pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?" "Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia

lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta

janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.

Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke

arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak

dapat lari daripada zina hati." Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua

yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus

tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata.

Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa

akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam

berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna

lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung

balasan atas perbuatannya sndiri." Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis,

saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?" "Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan

pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi.

Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir.. "Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang

gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak

saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya

tiggalkan benda ni?" Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan

mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila

masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga. "Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan." "Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn

juga diri.. "Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan

dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."



Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita

salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara

pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia

tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah

meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah.

Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau

ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga.

Assalamualaikum.."Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak

mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu

saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas

beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang.

Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash

dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak

sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah

terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk

kita sbenarnya..

Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah

Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak

mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.

Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak

kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak

bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan

ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak

mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada

jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak

awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang

menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,

ia penuh dengan penipuan,

kekecewaan,

dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..

tiada penipuan,

tidakkan pernah mengecewakan

itulah cinta abadi..

Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik.. Takkan..buat selama-lamanya

*dipetik dari kisah seorang sahabat*

sekian,moga mendapat manfaat~

wassalam^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...