Jumaat, 27 Februari 2009

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh- musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan- hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan- lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

Rabu, 25 Februari 2009

.: HATI AHLI JEMAAH VS HATI JEMAAH :.



Soalnya Hati?...hati siapakah yang perlu dijaga? siapakah yang lebih diutamakan? Hati dia ke aku? Wat ape pikirkan orang lain, baik pikirkan masalah aku! Siapa die nak sibuk pasal aku? Ah…jemaah tak pernah hiraukan aku! Aku nak bersama dorang ke? Ke dorang nak bersama aku.? Aku hebat! Biar dorang minta maaf dengan aku…..
Persoalan demi persoalan yang bermain mengenai hati. Ya..hati punyai perasaan, perasaan punyai kemahuan,.Individu mana yang tidak punyai perasaan? Ana cuba menilai. Adakalanya kita akan bermonolog dengan perasaan sendiri ketikamana kita cuba mendapat kepastian didalam sesuatu perkara, tidak asing lagi bagi manusia yang telah dikurniakan hati dan perasaan. Namun bukanlah ana cuba untuk bermain dengan perasaan disini. Bilamana menilai dan melihat akan segelintir mereka-mereka yang terlibat didalam jemaah islam, mereka tidak lari dari bermain dengan perasaan sendiri. Terutamanya yang sering dikatakan adalah masalah “hati”. Ternyata ia benar-benar terjadi .
Apabila menilai kembali mereka-mereka yang mempunyai perasaan seperti ini…ya lah…sakit hati kerana berselisih pendapat, pendapat tidak diterima…merajuk la konon-kononya(macam budak-budak).:-)..terasa macam diherdik dan macam-macam lagi lah..mintak orang ni mintak maaf la…suh pimpinan mintak maaf lah…macam-macam..nak dikatakan budak kecik tak la jugak..muka pun semuanye dah macam mak dan bapak orang…tak ke comel kalau merajuk..he2..saje jer…k la serius plak.

Melihat mereka-mereka yang berperasaan sedemikian, yang dapat disimpulkan terutamanya tidak pernah nak husnuzon pada orang lain. Ya…sahabat-sahabat boleh menilai akan diri masing-masing. Jauh disudut hati kecil ana…mereka ni tdk faham ke? Atau sengaja nak wat camni.?.Ini lah diantara penyakit-penyakit yang timbul dalam jemaah. Sampaikan pernah mengugut…kalau tidak minta maaf ana tak nak bersama jemaah..Perasaan siapa yang perlu dijaga? Perasaan individu ke perasaan jemaah? Apakah orang seprti ini tidak mengetahui bahawa kerja-kerja islam masih bertimbun-timbun yang perlu dilaksanakan berbanding perasaan dia sendiri. Kerja-kerja perlu diteruskan…ya..memang perlu untuk kita menjaga perasaan orang lain…tetapi apakah kerana menjaga perasaan seorang ini…kerja-kerja dakwah terbantut...kita tidak boleh hendak memuaskan hati seseorang dalam semua hal, tapi hanya kita boleh puaskan hati seseorang didalam satu-satu hal sahaja..mmm...apakah mereka ini tidak memahami mengapa perlunya mengintama’ diri kedalam jemaah islam. Apakah mereka ini tidak sedar akan perbuatannya itu menyebabkan sahabat-sahabat yang lain asyik berfikir mengenainya sahaja. Maka hilanglah focus didalam kerja kerja yang sepatutnya dilakukan.

Menjadi ahli harakah islamiah…sepatutnya kita menghormati perasaan jemaah, menghormati pandangan dan ketetapan jemaah, menghormati pimpinan. Tidak suka didalam sesuatu perkara, didalam mesyuarat hendaklah kita utarakan dan bukannya simpan didalam hati dan bercakap dibelakang, dan perkara janganlah diluar mesyuarat baru dibising-bisingkan. Dan janganlah melayan keegoan kita semata-mata supaya jemaah menghormati kita. Di dalam jemaah dak gerak kerja islam, perlulah kita mengorbankan perasaan kita supaya agenda dakwah berjalan dengan baik. Kalaulah sentiasa bermain dengan perasaan. Bagaimana dakwah kita terhadap rakan-rakan yang kurangnya mereka akan ilmu islam, bagaimana dakwah kita terhadap non-muslim. Ana percaya dan yakin, kalaulah sentiasa kita bermain dan melayan perasaan, sudah tentu kita akan kecewa dalam dakwah kita, sudah tentu akan wujud rasa ingin putus asa dalam berdakwah. Semua ini berkaitan dengan ilmu didalam hati kita…ana masih teringat lagi kata-kata senior ana.. “ahli-ahli gerakan islam sekarang tidak kira jemaah mana sekalipun….semangat sahaja lebih, ilmu tidak ada..kurang untuk mendalami ilmu…harapkan berkopiah sahaja yang muslimin, yang muslimat pula harapkan tudung sahaja labuh..tapi ilmu tak de…cammane nak bawak islam!” mmm..betul jugak tu..ana menjawab.

Siapakah kita?...mengapa kita tidak pernah meninjau akan sirah nabi. Jika Nabi Muhammad S.A.W melayan perasaan kecewa. Sudah tentu islam tidak akan menakluki 2/3 dunia. Ya…benar..adakalanya nabi mengadu kepada Allah akan dugaan yang menimpa. Namun iltizam dan kebenaran yang ingin dibawa oleh nabi menebus segala-galanya. Nabi tidak menunjukkan rasa kecewa bilamana di dalam jemaah nabi ada yang berangkat lari dari perang. Nabi tidak merasa putus asa walaupun semasa solat nabi diberitakan oleh malaikat bahawa yang bersembahyang dibelakang beliau adalah orang munafik yang ingin memerangi nabi. Namun apa yang nabi lakukan! Kerja dakwah tetap diteruskan. Kerja-kerja islam tetap diteruskan. Mengapa kita sebagai pendokong lembing-lembing, panah-panah islam tidak mencontohi Rasulullah..

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang )”

Coretan ini sebagai perkongsian pengalaman, namun sebenarnya cuba untuk menginsafi dan muhasabah diri sendiri. Sahabat sekalian teruskan bersama menjunjung panji-panji islam..
Ana masih ingat kata-kata seorang ustaz..mm..lebih kurang macamni la.
“Islam tidak memerlukan kita, namun kita yang memerlukan islam, walau macamana kamu sekalipun akan ada orang yang mendokong perjuangan ini, walau kamu lemah ataupun kuat. Ambillah islam sebagai menuju mardhatillah”

INILAH KEMUNCUP DIDALAM PERJUANGAN.

“Dan diantara manusia itu ada orang-orang yang menyembah Allah dengan berada dipinggir (tidak penuh keyakinan ) hingga jika ia berileh kebajikan tetaplah ia dalam keadaan itu dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana berbaliklah ia ke belakang,,rugilah ia di dunia dan akhirat yang demikian itu adalah kerugian yang nyata”

WASSALAM

Selasa, 24 Februari 2009

Ya ALLAH


Dalam kesibukan mencari jalan,
Umat kita masih duk sibuk bergeseran,
Yang kecik dan furu' yang ditumpukan,
Yang asas dan pokok semua tinggalkan.

Usah bicara pasal kesedaran,
Pabila dakwah sendiri hanya bertumpuan,
Mengkafir mengeji tidak tentu haluan,
Akhirnya rebah di tengah jalan.

Yang baik seringkali tertanya-tanya,
bagaimanakah si dia boleh terpedaya?
Terlanjur terbabas terjatuh dan terkesima,
Sedangkan mereka semua orang ada agama?

Jawapan persoalan ini bukannya ringkas dan mudah,
Tak boleh dijawab hanya dengan tulisan dan madah,
Benda ini ada akar umbinya,
Itulah yang perlu kita kaji dan turut sama membasminya

Pusat hiburan tumbuh melangit di zaman ini,
Sepertimana kata ibnuwalidaini,
Semua itu terletak pada kuasa pemerintah,
Untuk menghalang menghapus dan bukan setakat mencegah

Barangkali banyak di antara kita yang simpati,
Terhadap mereka yang keterlanjuran ini,
Tapi apa yang sudah kita bincang dan sepakati?
Untuk membantu golongan ini?

Adakah cukup hanya dengan berkata-kata,
Atau menulis setiap masa seperti saya?
Atau kita perlu turun juga ke padang relitinya,
dan bukan hanya setakat berbicara di alam maya?

Ahad, 1 Februari 2009

Terkini : Terbongkar syarikat Mesir membekal makanan kepada Israel semasa perang Gaza.


Ahad, 01/02/2009 - Sebuah akhbar Mesir telah membongkar yang sebuah syarikat Mesir telah membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin

Akhbar Al-Osbo menyebut setiap minggu konvoi tetap lori membawa bekalan makanan daripada bandar raya Sadat pada lintasan Owja untuk menyampaikan bekalan makanan kepada tentera Israel semasa pencerobohan
mereka di Gaza.

Akhbar itu turut menyatakan kedahsyatan pemikiran syarikat Mesir tersebut tergamak membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan bekalan makanan berlabel “Latha” yang bermaksud “Sedap” pada masa sama , rakyat Mesir berang terhadap pencerobohan Israel terhadap rakyat Gaza .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...