Selasa, 5 Mei 2009

MENGANJAK SERIBU MACAM PARADIGMA DI DALAM DIRI.

Seorang manusia sudah semestinya akan melihat sesuatu yang lebih bermakna bagi hidupnya. Tidak kira bilamana seseorang itu melihat perkara yang baik itu menjadikan dirinya lebih bermakna, namun tidak terlepas juga seseorang manusia melihat sesuatu yang bercanggah dipandangan syariat sekalipun, menjadikan ia sesuatu yang bermakna bagi mereka. Kita boleh melihat contoh yang terdekat, seorang penagih dadah tegar sudah tentu merasakan dadah itu sesuatu yang baik baginya kerana dapat memuaskan serta melengkapi hidupnya

. Ya..jika kita bandingkan mereka yang cuba meraih keredhaan Allah SWT, sudah tentu ia akan pastikan ibadahnya diterima oleh Allah SWT, segala perjalanan hidupnya akan dipastikan supaya mendapat keredhaan Allah. Saya juga seorang manusia, anda pembaca juga sebagai seorang manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Saya cuba untuk menganjak paradigma dalam tulisan di alam cyber ini supaya boleh menyentuh dari pelbagai sudut pemikiran pembaca yang menjenguk blog ini. Saya yakin dan percaya anda semua pernah mendengar tentang IQ, EQ dan SQ. Bila kita melihat di dalam konsep yang diasingkan tadi, kita dapat menyingkap satu rahsia kecerdasan akal manusia dalam melakukan satu paradigma keatas sikap, perwatakan, ketangkasan berfikir berdasarkan Al-Quran.

Kita kadangkala akan merasakan diri perlu diubah untuk mencapai kearah yang lebih sempurna, dan sememangnya telah diajarkan di dalam agama islam supaya kita sentiasa meningkatkan diri kita didalam apa jua aspek sekalipun. Berubah dari yang tidak baik kepada yang baik, dari baik kepada yang lebih baik. Ya..itulah yang kita impikan. Akal yang dibekalkan kepada kita membuatkan kita akan sentiasa mencari kesempurnaan. Alangkah indahnya mereka yang mendapat hidayah setelah melalui jahiliah suatu ketika. Secara tidak lansung kita akan merasakan nikmatnya. Bila menyentuh bab akal saya teringat bila meneliti tentang Spiritual Quotient (SQ). Pada mulanya, di dalam bahagian ini menyebutkan bagaimana manusia ingin menggapai satu paradigma daripada tidak mengenal tuhan dan cuba untuk mencari tuhan, diceritakan bagaimana manusia satu ketika dahulu cuba dengan bermacam-macam hujah untuk mengatakan bahawa inilah tuhan.

Namun bukanlah saya ingin bercerita dengan lebih lanjut mengenai pencarian tuhan dan tentang kehebatan akal secara seluruhnya, mungkin di masa akan datang bolehlah saya berceritakan bercerita mengenainya.

Cumanya saya ingin mengajak anda semua, bagaimana kita cuba menggunakan segala kekuatan untuk kita melakukan satu paradigma didalam diri supaya kita bermanfaat untuk semua yang berada disekeliling kita. Kita tahu yang Allah berfirman didalam Alquran, mafhumnya..Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang merubahnya.
Jadi mari lah kita bersama berfikir dan merenung supaya ummah lebih maju.

CHANGE YOUR PARADIGM

Moga diberi kekuatan…Ameen…

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...