Selasa, 8 Mac 2011

~Kafarah Dosa~

“assalamualaikum, mi! Enta tahu tak mana balai polis dekat taman impian emas?” kalut seorang sahabat ni menelefon saya, “ana tahu rasanya, nape?” “camni, motosikal sahabat kita ni hilang, kena pergi balai polis kat sana nak selesaikan tentang ni” “ok, jumpe ana kat MSI, kita pergi sekali” inilah antara dialog saya bersama salah seorang sahabat .

Saya menaiki kereta ke sana. 4 orang, termasuk sahabat yang kehilangan motosikalnya dalam kereta tersebut menuju ke balai polis, disebabkan saya yang tahu jalannya, maka sayalah yang bawa kereta tersebut. “syeikh, moto enta camne leh hilang ni, enta ada pasang extra lock tak?” tanyaku kepada sahabat yang kehilangan moto tersebut. “pasang memang pasang, xde rezki mi, nak wat camne, enta jgn lupa jaga elok-elok juga motor tu,” kata sahabat tersebut. Mana tidaknya dipesan begitu, motosikal yang saya gunakan sama jenisnya dengan motosikal yang dia hilang, RXZ. “ok, papepun kita bersyukur kepada Allah SWT, dan kita doa-doa mudah-mudahan Allah beri petunjuk, mungkin juga kehilangan moto ni, mungkin musibah dan mungkin juga sebagai kaffarah (penebus dosa kita) atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan” kataku kepada sahabat. “kaffarah” diulanginya beberapa kali. “mungkin juga”katanya.

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?”Surah At-Tawbah ayat 126.

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Perlu untuk kita muhasabah diri akan setiap ujian yang Allah timpakan kepada kita. Mudah-mudahan Allah memberi rahmatNya kepada kita serta kekuatan untuk kita hadapi ujian yang menimpa diri.

~mohaz~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...