Khamis, 21 Ogos 2008

Pro Mahasiswa Nasional Dilancarkan



KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Gerakan Mahasiswa hari ini maju setapak kehadapan apabila berjaya menubuhkan dengan rasminya suatu front baru yang diberi nama PRO MAHASISWA NASIONAL. Acara penuh bersejarah itu telah berlangsung di hadapan Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Upacara tersebut dimulakan dengan ucapan bersemangat saudara Norazali Zainuddin yang juga merupakan Pengerusi front berkenaan, saudara Mohd Haafizuddin Abirerah merangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz selaku Jurucakap Pro Mahasiswa merangkap Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), saudara G. Sasikumar, saudara Goohan, dan saudara Teh Hoong Kiat.Menurut saudara Norazali, Pro Mahasiswa Nasional ini mendapat sokongan padu kira-kira 5000 mahasiswa di setiap kampus dan IPT.“Penyokong tegar kami di setiap kampus adalah kira-kira 5000 orang, dan kami menjangkakan jumlah tersebut akan meningkat lagi sebanyak 10 000 orang berdasarkan situasi semasa yang berlaku pada hari ini di mana rata-ratanya mahasiswa kini mahukan pembaharuan dan perubahan” ujar beliau.“Selain itu, kita juga mahu menunjukkan kepada umum bahawa bumi Universiti Malaya ini tidak pernah sunyi daripada laungan keramat suara mahasiswa dan kita menuntut agar pihak KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) memberikan keadilan yang sewajarnya kepada seluruh mahasiswa untuk berdemonstrasi. Jika para pelajar UITM dibenarkan untuk berdemonstrasi dan berarak di jalanraya, maka kami juga menuntut untuk dibenarkan berbuat demikian” tegas beliau lagi.Dalam pada itu, menurut Jurucakap Pro Mahasiswa, Saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz, front tersebut ditubuhkan berasaskan suatu prinsip menegakkan kebenaran, memperjuangkan keadilan, mengukuhkan perpaduan dan memastikan semua rakyat khususnya mahasiswa mendapat layanan yang adil dan setimpal tanpa mengira bangsa dan agama.“Pro Mahasiswa Nasional ini merupakan suatu wadah untuk menyatupadukan mahasiswa di negara ini sama ada melayu, cina, india, iban dan kadazan sebagai suatu keluarga yang besar merangkumi semua IPT dan kampus di negara ini demi menegakkan kebenaran dan keadilan di samping memperjuangkan nasib mahasiswa” katanya.“Selain itu, front ini juga akan terus memperjuangkan kebebasan bersuara mahasiswa, mendesak pemansuhan AUKU dan digantikan dengan Student’s Act yang telah didraf sendiri oleh mahasiswa (GMMA) baru-baru ini. Kami juga akan terus mendesak agar setiap akta dan peraturan yang dilihat mempunyai unsur menindas dan mengugut mahasiswa dimansuhkan serta merta demi meningkatkan daya intelektual dan idealisme mahasiswa” tambahnya lagi.Selain daripada pelancaran penubuhan Pro-Mahasiswa Nasional, majlis tersebut juga diadakan bagi merasmikan kewujudan semula Speaker’s Corner di Universiti Malaya yang telah sekian lama terkubur.(untuk maklumat lanjut, sila layari tvPAS)
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286RASA FRUST?Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).Surah Al-Imran ayat 200Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!.
.....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12

Wallahu'alam.

Jumaat, 1 Ogos 2008

RELEVANKAH AUKU MENURUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Oleh : Unit Penyelidikan GMMA

Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) sekarang ini mula dibangkitkan semula oleh segelintir mahasiswa yang sedar. Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) adalah himpunan segelintir mahasiswa yang memperjuangkan pemansuhan AUKU. Ini kerana AUKU sama sekali bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut kajian yang dibuat oleh kumpulan penyelidikan GMMA mendapati bahawa AUKU bercanggah dengan perkara 4,5, 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, turut menyalahi hak asasi manusia memandangkan Perkara-Perkara tersebut mengandungi peruntukan hak asasi manusia.

Apabila diteliti semula pada seksyen 15B (3) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, terdapat beberapa perkara yang boleh dikrititk dan dibahas mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Malaysia.

Antara lain yang diterangkan di dalam seksyen ini adalah peruntukan kepada Naib Canselor/Rektor yang mempunyai bidangkuasa hal ehwal pelajar mewakilkan kuasa tersebut kepada Timbalan Naib Canselor. Kemudian, membentuk Jawatankuasa Tatatertib/Pihak Berkuasa TatatertibUniversiti. Kuasa yang digagaskan oleh AUKU untuk Jawatankuasa ini amat luas meliputi kuasa menyiasat, menjalankan pendakwaan, mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang di pertuduh didapati bersalah.

Pelajar- pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut tidak akan ada jaminan untuk mendapat perbicaraan yang adil. Ini adalah kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri daripada orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukan oleh undang-undang. Ini bermakna kebarangkalian berlaku penindasan dan keputusan yang berat sebelah adalah tidak mustahil. Hal ini jelas sekali bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persukutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undan-undang. Selain itu, hal ini juga amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah dan tribunal.

Di samping itu, AUKU memepunyai unsur diskriminasi yang sangat ketara. Jika dikaji seksyen-seksyen di dalam AUKU secara mendalam, didapati tiada sebarang provisi pun yang memperuntukkan hak kepada pelajar yang didakwa untuk mendapatkan khidmat Peguambela atau Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan kakitangan universiti termasuk pensyarah yang didakwa atas satu pertuduhan tatatertib dibenarkan untuk diwakili oleh peguam. Ini jelas membuktikan ketidakadilan AUKU dan sama sekali bercanggah dengan perkara 8 (1),(2), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang secara rumusnya tidak membenarkan diskriminasi dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Selain daripada itu, seksyen 15 AUKU 1971 bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Merujuk kepada syeksen 15 (1) dan (2) AUKU yang tidak membenarkan setiap pelajar di universiti atau kolej universiti menyertai mana-mana parti politik ataupun kesatuan sekerja atau pertububahan kecuali dengan kelulusan Naib Canselor. Seksyen ini jelas bertentangan dengan Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan kepada semua rakyat Malaysia untuk berpersatuan. Sesuatu perkara itu tidak lagi dikira sebagai bebas jika perlu meminta izin atau kelulusan daripada seseorang. Jika dilihat populasi mahasiswa di setiap universiti di seluruh negera, mereka kebanyakannya berusia 21 tahun ke atas. Mereka telah pun mencapai usia majoriti(age of majority) dan layak untuk mengundi seperti yang lain. Maka mereka perlu diberi hak kebebasan berpolitik dan berpersatuan sepertimana yang dinikmati oleh masyarakat umum.Oleh itu, ternyata di sini hak mahasiswa untuk berpersatuan atau berpolitik telah disekat oleh provisi yang terdapat di dalam akta ini.

Seterusnya, seksyen 15 (3) dan (4) AUKU 1971 pula tidak sejajar dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Provisi ini antara lain menyekat mahasiswa daripada menyatakan sokongan atau memberi simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau keatuan sekerja atau pertubuhan yang tidak diluluskan oleh pihak universiti. Sedangkan dalam Perkara 15(1)(a) Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan setiap warganegara berhak menyuarakan pendapat.

Manakala peruntukan dalam Syeksen 15D AUKU1971 pula menjadi ancaman utama kepada pelajar,terutamanya kepada pelajar universiti yang mengalami pertuduhan sebarang kesalahan jenayah untuk digantung pengajian dengan serta-merta sehingga kesnya selesai.Peruntukan ini ternyata jelas berlawanan dengan prinsip ”a man is innocent until proven guilty”kerana pelajar terbabit telahpun dihukum sedangkan kesalahannya belum dibutikan lagi.Syeksen 15D(2) pula memeruntukkan,jika mahkamah telah membuktikan pertuduhan yang dikenakan,pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah,akan diterima kembali menyambung pengajian.Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamh akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.Tempoh pengajian pelajar tenyata terjejas disebabkan perkara ini.Atas alasan inilah mahasiswa merasakan bahawa syeksen ini perlu dimansuhkan serta-merta.

Merujuk kepada Pelembagaan Persekutuan,Perkara 4 menyatakan bahawa perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi dalam Persekutuan dan menjadi undang-undang yang digunapakai dalam negara.Oleh itu,mana-mana perlembagaan yang bertentangan dengannya adalah tidak sah.Di sinilah terbukti relevan untuk memansuhkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Dan AUKU ternyata bertentangan dengan Perlembagan Persekutuan kerana jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Terdapat banyak percanggahan antara AUKU dan Perlembagaan Persekutuan menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa AUKU tidak relevan kepada Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menggambarlan terdapat kelompongan dalam sistem undang-undang di Malaysia. Seharusnya sebagai sebuah negara yang sudah 50 Tahun merdeka, kebebasan kita tidak sepatutnya disekat. Seolah-olah kita masih lagi terjajah dalam negara sendiri dan tidak bebas bertindak sebagai seorang rakyat yang merdeka.

Golongan cerdik pandai mahasiswa yang memperjuangkan agar AUKU ini dimansuhkan bermatlamat untuk membina ruang bagi kelompok mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin masa depan ini bersifat global, berfikir secara intelektual,bersikap lebih berani dan proaktif serta masak dengan perjalanan negara.Kelompok mahasiswa yang memperjuangkan pemansuhan ini sebenarnya telah menyahut seruan untuk membangunkan modal insan di kalangan pemuda negara.

SEJAUH MANA PINDAAN AUKU MEMBERI MANFAAT KEPADA MAHASISWA DAN MASYARAKAT

AUKU

Sejak belakangan ini, terdapat banyak pihak yang membicara tentang Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Beberapa minggu yang lalu, saya terbaca sebuah artikel yang ditulis oleh Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang,
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknologi Malaysia di ruangan rencana Berita Harian yang bertajuk 'Pindaan AUKU mampu lonjak standard pelajar IPT tempatan'. Antara beberapa isi yang ditulis oleh beliau adalah, Tujuan pindaan AUKU, antara lain, untuk menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan lebih telus, berdaya maju dan berkembang dengan budaya ilmu yang mantap. Hal ini perlu kerana banyak amalan dan tatacara semasa yang dirangka sejak awal 1970-an tidak begitu relevan untuk pembangunan modal insan pasca abad ke-20, sekali gus membolehkan IPT tempatan bersaing pada peringkat antarabangsa. Sekiranya pembaca ingin membaca mengenai pandangan beliau, sila klik di sini.


khaled nordin dan AUKU
Selepas Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Khalid Nordin) merasmikan MPP IPTA 2008, beliau ada mengatakan mengenai pindaan AUKU yang dilakukan. Jemaah kabinet telah pun bersetuju untuk meminda AUKU, namun begitu mahasiswa masih tidak dibenarkan menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik, tetapi mereka boleh menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik. Klik di sini untuk berita penuh ‘Pemimpin Politik Boleh Masuk IPTA’. Tetapi, adakah mahasiswa masih lagi tidak boleh menyatakan sokongan, bangkangan, simpati atau perkara yang seumpama dengannya seperti mana yang termaktub dalam AUKU (yang belum dipinda) tidak disebut di berita tersebut.

TSKOHPada 28 Julai, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyatakan pandangannya mengenai AUKU dalam surat khabar The Star. Klik di sini untuk berita penuh . Beliau merasakan golongan ‘mahasiswa’ perlu didefinasikan semula agar hanya golongan tertentu sahaja yang akan terikat dengan AUKU.

Pada 29 Julai, Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebagai bekas pemimpin mahasiswa, beliau mengalu-alukan pindaan AUKU yang membenarkan pemimpin parti politik mendampingi mahasiswa, tetapi berharap mahasiswa dibenarkan menganggotai parti politik. Klik di sini untuk berita penuh . Beliau merasakan larangan untuk mahasiswa menganggotai politik berlawanan dengan prinsip pilihan raya umum.


Salah seorang Prof Madya daripada USM Pulau Pinang, Prof Madya Mohamad Md Yusoff turut memberikan pandangannnya. Klik di sini untuk berita penuh. Secara ringkasnya, beliau berpendapat bahawa pindaan AUKU ini mampu melonjakkan imej warga IPT tempatan. Beliau juga turut mengatakan bahawa biarlah universiti diperkasakan dengan sifat akauntabiliti, ketelusan, amanah dan sifat integriti yang tinggi nilainya. Inilah asas kecemerlangan universiti kita.

Sehingga kini, itulah di antara beberapa berita yang sempat dibaca oleh saya mengenai AUKU. Pada pandangan saya, pindaan AUKU ini adalah satu perkara yang sangat wajar, dan telah lama ditekankan oleh beberapa golongan mahasiswa antaranya GAMIS dan SMM, sehinggalah ditubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA). Terdapat beberapa akta dalam AUKU yang mengekang pergerakan pelajar hingga menyebabkan mereka hanya tertumpu tertumpu aktiviti dalam kampus sahaja.

Maka, persoalannya adalah, sejauh mana pindaan AUKU ini akan memberi manfaat kepada mahasiswa dan juga rakyat Malaysia? Pada hemat saya, jawapan bagi soalan ini bergantung kepada mahasiswa itu sendiri. Samada mereka masih lagi mahu berada di zon mereka pada masa ini, ataupun mereka mahu bangkit, dan menjadi sebuah golongan yang seringkali diperkatakan oleh pemimpin mahasiswa iaitu ‘mahasiswa : agen perubah masyarakat’.
*****JAUH DISUDUT HATI*****

Azan subuh yang berkumandang dari surau di hujung kampung sayup-sayup
kedengaran.Nur sudah siap bertelekung bagi menunaikan tuntutan dan
kewajipannya.Kedinginan bayu pagi yang menyerbu jendela, membelai lembut pipi
halus yang putih bersih itu.Selesai solat,Nur mengangkat tangan memohon doa dan
memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi yang masih memberinya nikmat hidup di dunia
ini.

Ketika suria mula menjenguk hari,Nur sudah sampai di kawasan perkuburan Islam
yang terletak sepelaung dari surau lama yang masih menerima jemaah di kampung
kelahirannya ini.Wajah ibu dan ayah terbayang jelas di ruang mata.Wajah itulah
yang sering dimimpikan dalam lenanya.Pemergian ayah sepuluh tahun
lampau,dituruti ibu empat bulan lalu.Hanya doa dan ayat suci al-Quran yang
menjadi hadiah paling berharga buat mereka.Air matanya menitis.

Kubur kecil di sisi pusara ayah dan ibu ditatap.Sebak yang ditahan tidak
mungkin dapat bendung lagi.Astaghfirullahalazim! Nur mengucap panjang tatkala
menyedari diri mula dihanyutkan oleh mainan syaitan.Suatu masa nanti,aku juga
akan kembali ke sini,hatinya berbisik.

"Kak Nur pergi seorang? Tak takut hantu?" Soalan SyaufiQ mengocak liang
ingatannya.

"Nak takut apa? Hantu yang SyaufiQ kata tue,sebenarnya perasaan orang yang tak
percayakan diri sendiri," bersahaja Nur membalas usikan adiknya.Ingatannya
melayang terhadap HannaN.

a) Curiga

Nur mencapai telefon bimbit.Nombor suaminya didail sekali lagi.Jawapan sama
yang mengatakan talian berada di luar kawasan,terasa membingitkan
telinganya.Hatinya mula menyimpan curiga.Fikirannya menerawang mencari
jawapan,sekali gus membina kekuatan menangkis curiga yang berputik.Tidak mungkin
suaminya bermain api sekali lagi.Masih segar di ingatan,kisah yang pernah
mengguris hati wanitanya.

Rumah tangga yang dirasakan bahagia,rupa-rupanya ada kecurangan di
dalamnya.Mujur kewarasan masih dapat menyelamatkan rumah tangga yang baru
berusia tujuh bulan itu.Suaminya sudah dua bulan menjalinkan kasih baru.Walaupun
tidak meruntuhkan rumah tangga mereka,Nur dapat merasakan keikhlasan suaminya
telah tercemar.Kasihnya terhadap lelaki bergelar suami itu mula
menawar.Kepercayaan yang dibina setahun sebelum berumah tangga luput sedikit
demi sedikit.

Telefon berdering tiba-tiba,mengejutkannya. "Nur di mana ni?" Mendatar suara
suaminya di hujung talian.

"Rumah.Abang di mana? Puas Nur telefon tapi out of service area." Nur
menjelaskan ketidakpuasan hati.

"Jangan nak cemburu buta pula! Abang sibuk ni.Kalau tak ada hal mustahak,tak
payah telefon." Ada sedikit keberangan dalam suara suaminya.

"Abang, Nur nak beritahu abang..."

"Apa dia? Cepat sikit!" suaminya memintas kasar.

"Kita nak dapat baby!" Suara Nur jelas keriangan.Tidak kedengaran suara suaminya
di sana.

"Kenapa abang diam? Abang tak suka?"

"Letih.Jangan seronok sangat.Bye."

Talian terputus.Nur terkaku.Pelik dan kecewa dengan sikap suaminya.Dia memujuk
hati sendiri.

b) Cerai

Selesai solat Maghrib,Nur menjenguk ke ruang tamu.suaminya terlena di atas
sofa.Begitulah kebiasaannya.Sejak pulang dari out station tiga bulan
lalu,sikapnya benar-benar mengelirukan.Adakalanya dia kelihatan bengis dan
sering menjauhkan diri.Apabila disoal,Nur akan jadi mangsa herdikannya.

Nur memberanikan diri mencapai dompet suaminya di atas televisyen.Remuk hatinya
ketika menatap sekeping gambar kecil yang diselitkan di belakang gambarnya
sendiri.Senyuman manis wanita berkulit cerah dalam gambar itu merobek-robek
hatinya. Sekeping kad nama ditarik keluar.'Apabila rindu,telefonlah selalu.'
Kata-kata itu cukup memualkannya.

Sejak itu,Nur hilang kepercayaan terhadap suaminya.Tambahan pula gadis belasan
tahun dari utara itu mengiakan jalinan kasih sayangnya dengan suaminya.Rumah
tangga mereka berantakan.Tapak tangan suaminya yang sering hinggap di pipinya
tidak pernah mengenal simpati.

"Suka hati akulah nak berkawan dengan siapa pun!"

"Tapi abang suami saya.Kita pun dah nak ada anak..." Nur cuba memeluk suaminya
tetapi lelaki itu menolaknya.Dia cuba berpaut pada lengan suaminya tetapi sekali
lagi ditepis.Dia terduduk di lantai dan kepalanya terhantuk ke bucu meja.Dalam
keadaan berpinar-pinar itu,dia masih dapat mendengar suara suaminya.Perutnya
memulas-mulas.

"Nurul JannaH,aku ceraikan kau!"

Nur terkial-kial mengumpul kekuatan.suaminya nampak samar-samar pada
pandangan.Zuriat yang dikandung turut pergi.Allah lebih mencintainya.Janin
berusia lima bulan itu diberi nama HannaN. Bersemadi pada hari yang sepatutnya
dia dan suaminya bergembira.Genap setahun perkahwinan mereka, dia diuji.suaminya
menceraikannya tanpa belas. HannaN pula dijemput kembali oleh Ilahi.

c) Ingin rujuk

"Abang minta maaf,Nur.Abang tahu abang bersalah." suaminya tunduk.Malu,berdosa,
menyesal - berbaur menjadi satu.Perasaan itu menyentak-nyentak ego lelakinya.Nur
diam.Walaupun masih ada sekelumit kasih pada lelaki yang pernah menjadi suaminya
itu,dia tetap dengan pendiriannya. Sudah berkali-kali suaminya mengajaknya rujuk
kembali. Tidak mungkin dia menjadi perosak rumah tangga suaminya dan isteri yang
baru beberapa bulan dinikahi.

"Bertaubat bang,kalau abang pernah rasa berdosa dengan Nur sekalipun,bukan ini
caranya menebus dosa.Cukuplah abang lukakan seorang perempuan saja dalam hidup
abang.Jangan abang ulang kesilapan tu." Tenang bicara Nur.Menerima permintaan
suaminya bererti menghancurkan hati wanita yang menjadi isteri kepada bekas
suaminya itu.Dia tidak mahu menjadi perampas hak orang lain kerana dia tahu
bagaimana sakitnya apabila haknya dirampas.

suaminya semakin tidak rasional.Tindakannya kadangkala di luar batas
kewarasan.Nur sering didesak.Isterinya telah diceraikan.Dia hanya mahu menarik
perhatian Nur supaya kembali ke pangkuannya. Menangis Nur mengenangkan sikap
suaminya.Tetapi kasih dan kasihan mula bertandang dalam hatinya.

Kasihnya belum terpadam dan masih mengharapkan sinar bahagia di sisi lelaki
itu.Kasihan dia setiap kali melihat suaminya yang tidak terurus.Jauh di sudut
hati,masih ada impian untuk membangunkan semula kebahagiaan bersama bapa kepada
zuriat yang pernah dikandungnya dulu. Allahyarhamah HannaN yang menguatkan
impian dan harapan itu.

d) Rasional

Dua minggu menjelang 1 Muharam,permulaan tahun Hijrah,Nur terserempak suaminya.
Mungkin berkat doa dan dengan kuasa Ilahi,lelaki itu berubah.suaminya kini jauh
berlainan.Dia kembali rasional,tuturnya lembut.Nur dapat merasakan keikhlasan
lelaki itu.

"Abang harap Nur dapat maafkan abang.Abang juga harap Nur dapat terima abang
dalam hidup Nur." Lembut suara suaminya.

"InsyaAllah bang.Kalau memang tersurat kita hidup bersama,Nur terima dan reda."
Nur menatap wajah lembut suaminya.

Benarlah,sekeras-keras kerak nasi,jika terkena air,pasti lembut juga.Begitulah
Nur.Keikhlasan suaminya mahu membina semula rumah tangga yang pernah
runtuh,serta kesedaran untuk menebus dosa,membuka hati Nur untuk menerima lelaki
itu kembali.Semoga Tuhan merestui ikatan suci yang bakal dimeterai ini.Begitulah
harapan mereka berdua.

e) Suami baru

"Assalamualaikum." Lamunan Nur terhenti.Suami barunya muncul di muka pintu
dapur. "Sayang dah makan? Emm,baby kat dalam ni tengah buat apa?" suami barunya
mendekatkan mukanya ke perut Nur yang semakin membesar. Usapan lembut lelaki itu
mengapungkan Nur ke puncak kebahagiaan.

suaminya yang pertama dan HannaN kini telah jadi kenangan.Telah dua tahun
peristiwa itu berlalu.Begitulah ketetapan Ilahi.Rupa-rupanya pertemuan dengan
suami pertamanya dan persetujuan mereka untuk kembali hidup bersama,adalah yang
terakhir.suami pertamanya kembali menemui Ilahi selepas terbabit dalam
kemalangan jalan raya ketika pulang daripada pertemuan petang itu.Nur bersyukur
walaupun hasrat mereka untuk rujuk tidak kesampaian,tetapi dia berjaya
memberikan sedikit kegembiraan kepada suami pertamanya pada saat-saat akhir
hayatnya.

HaiQal,lelaki istimewa yang bergelar suami keduanya kini telah merawat segala
luka hatinya yang parah.Dua bulan lagi dia bakal bergelar ibu kepada zuriat
suaminya yang juga kembar suaminya.Pun begitu,kenangan lalu tetap terpahat
abadi,walaupun ia jauh di sudut hati.

Wallahu A'lam..

*** SEBUTIR KURMA ***

Selesai menunaikan ibadah haji,Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke masjidil
AQsa. Untuk bekal di perjalanan,ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat
masjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus,Ibrahim melihat sebutir
kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bahagian dari yang ia
beli,Ibrahim memungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al
AQsa.4 Bulan kemudian,Ibrahim tiba di Al AQsa.

Seperti biasa,ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan
dibawah kubah Sakhra.Ia solat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham,ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu
dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi.doanya ditolak kerana 4 bulan yang lalu ia memakan
sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat masjidil
haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali,ia terhenyak,jadi selama 4 bulan ini
ibadahnya,solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh
ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.Ia langsung berkemas untuk
berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.Untuk meminta
dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia
langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua
itu melainkan seorang anak muda.

"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana
ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu,saya sekarang meneruskan pekerjaannya
berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un,kalau begitu kepada siapa saya meminta
penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya,anak muda
itu mendengarkan penuh minat.

"Nah,begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orang tua itu,maukah engkau menghalalkan sebutir
kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah.InsyaALLAH saya halalkan.Tapi entah dengan
saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.Saya tidak berani mengatas nama kan
mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat,ibrahim bin adham pergi menemui.Biar berjauhan,akhirnya
selesai juga.Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang
termakan oleh ibrahim.4 bulan kemudian,Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi
bercakap cakap.

"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma
milik orang lain."

"Oooo, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi,ia telah mendapat penghalalan
dari ahli waris pemilik kurma itu.Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih
kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang
lain.Sekarang ia sudah bebas." "

Oleh sebab itu berhati-hatilah dengan makanan yang masuk ke tubuh kita,sudah
halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu..."

Semoga bermanfaat.

Wallahu A'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...