Sabtu, 28 Mac 2009

MAHU DAN TAHU????

Pertama dan selamanya ana merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana diberikan peluang dalam keterbatasan ini untuk ana coretkan kembali kata-kata di alam cyber ini. Hari ini, ana baru selesai berprogram bersama mahasiswa anak negeri Pahang. Alhamdulillah, banyak juga input yang berguna ana perolehi dalam melancarkan agenda dakwah ini. Ana teringat kembali semasa program ini, ketika mana diasingkan mengikut kampus masing-masing untuk brainstorming akan agenda dakwah, secara tidak lansung ana teringat kembali perjalanan hidup ana semasa hari Khamis baru-baru ini. Semasa brainstorm ini, ana sedang berbincang bersama dengan dua orang muslimat dari kampus yang sama, memandangkan kampus yang kecil, sedikit pula penggeraknya. Apa yang ana nak kongsikan semasa perbincangan, ana juga ada menceritakan kepada 2 orang sahabiah mengenai sikap MAHU dan TAHU!. Ana cuba serius bila berbincang hal yang berkaitan dalaman sifat seseorang manusia. Pada hari Khamis yang lalu, ana ke Sek. Men Aga Al-Falah Raub dengan 2 tujuan. Yang pertamanya ana ingin tubuhkan ALUMNI secara rasmi dibawah pendaftaran negeri Pahang dan keduanya ana juga pergi bersama exroomate ana(FARHAN) untuk mempromosikan fesyen pakaian t-shirt yang berunsurkan islamik. Selepas selesai berbincang dengan GPK HEM, ana berjumpa dengan pengetua yang ana kira baru berkhidmat di sek .itu. Pada ketika itulah ana ditanya oleh pengetua, “Kamu sekolah sini sampai ting. Berapa?”…ting. 3 je..ana menjawab dan ana cerita la seterusnya…dan pada ketika itulah pengetua berkata “mengapa tak sekolah aga. Sampai habis, kamu tak suka sek. Aga. Ke?...bukan macam tu maksudnya..ana menjawab…ana katakan kembali…Ustaz ilmu ana boleh cari..yang penting ana beramal dengan apa yang ana ade… “belajar secara formal tak same dengan cari ilmu macam itu je” kata pengetua….jauh disudut hati ana…tak faham ustaz ni kot…ana pandang ke sahabat ana di sebelah..mukanya berkerut tanda tidak setuju…

Apa yang ana katakana disini..memang betul apa yang ust katakan sebenarnya, tetapi sedarkah kita, kita hanya diberitahu dan kita tahu akan ilmu itu, tetapi adakah kita mahu akan ilmu itu, adakah kita mahu mengamalkan ilmu yang kita tahu…mungkin ya ataupun tidak..berbeza sekali dengan mereka yang mahu..sudah tentu mereka akan berusaha untuk tahu akan apa yang mereka mahu..Mahukan ilmu sudah tentu ia perlu tahu akan ilmu itu…bila kita berusaha sudah pasti cara kita mengamalkan adalah berbeza. Ana melihat, kalaulah betul hebatnya pelajar sekolah aga. Pada hari ini, sebenarnya bukanlah dari sekolah agama itu, tetapi dari dirinya sendiri, amalan, akhlak, sifat soleh pada mereka adalah lahir dari hati mereka. Bagi ana system pendidikan sendiri perlu diubah, bukannya belajar hanya kerana hendak periksa semata-mata, sebab itulah belajarlah kitab dari mana sekali pun, kalau niat hanya untuk periksaan, maka itulah yang dia dapat. Bukannya ana tidak pernah laluinya. Bila bercakap akan hal ini semasa program anak negeri, seorang muslimat daripada dua muslimat dari kampus ana bersuara.. “ya..ana sendiri lain bilamana ana dikampus berbanding di sekolah agama dahulu..”(muslimat ni sek. Aga. Dong)… “kesedaran ana dikampus untuk beramal dengan islam berbeza bila berada di sekolah…di sekolah hanya belajar semata-mata tanpa rasa mahu yang sebenar, tetapi dikampus kita mahu dan perlu kita untuk tahu..”..mmm..ana termenung panjang. Barangkali apa yang patut dilakukan..marilah sahabat pembaca..kita renung akan sistem pendidikan kita, dimana silapnya, apakah semua ini bermula dirumah atau sebagainya…mari sahabat jadilah orang yang MAHU kerana sudah tentu ia akan mencari TAHU..tidak guna kita TAHU tetapi tidak MAHU!

Selasa, 3 Mac 2009

MENYINGKAP TIRAI AKTIVIS DAKWAH KAMPUS


Assalamualaikum dan salam muhibbah serta perjuangan ana ucapkan kepada aktivis dakwah kampus yang sentiasa dengan rangkaian informasi yang unggul untuk membina serta kemantapan serta kelangsungan memburu tarbiyah yang ditusuk kepada setiap masyarakat kampus khususnya. Sedar tidak sedar begitulah ranjau serta duri dalam membina satu harakah yang mantap berlandaskan Al-Quran dan Assunnah. FIRMAN ALLAH S.W.T :

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNYA dalam barisan yang teratur, umpama mereka suatu bangunan yang tersusun kukuh."
(AS-SAFF : 4)

Merenung kembali akan kesungguhan aktivis-aktivis dakwah khususnya didalam kampus adalah begitu teruja sekali. Mereka memahami akan Rukun-Rukun Bai’ah yang pernah mereka pelajari dan fahaminya. Sehinggakan mereka sanggup mengorbankan apa sahaja asalkan segala agenda dakwah mereka berjalan dengan baik sekali. Bagi mereka yang berada didalam harakah sudah tentu perancangan yang lebih teliti disusun serta lancer alirannya, kemudian diatas individu itu sendiri yang telah diserahkan amanah supaya menggunakan segala kebijaksanaan sertah hikmah masing-masing supaya mad’u yang didekati akan lebih senang dan mudah untuk menerima tarbiyah.

Namun apa yang cuba bawakan pada artikal pada kali ini adalah ingin mengajak sahabat agar merenung akan diri masing samada kita ini adalah orang yang benar-benar faham akan risalah perjuangan Rasulullah S.A.W. Ya..kita begitu bersemangat akan membuat kerja-kerja seperti ini, tetapi apakah pernah kita fikirkan, adakah perjuangan ini akan diteruskan apabila keluar daripada kampus suatu hari nanti. Apa yang ana ingin kongsikan ini bukanlah hendak menunding jari kepada sesiapa, tetapi untuk peringatan diri sendiri jua. Pernah ana mendengar akan cerita-cerita daripada abang-abang yang sudah masih didalam tinta perjuangan sesudah keluar dari alam kampus dan yang sudah mendirikan rumah tangga pun ada. Mmm…Ya ALLAH…begitu mengerikan jugalah..

Kesibukan dengan kerja kadang menjadi alas an supaya tidak bergiat langsung didalam kerja-kerja dakwah, yang sudah berkahwin katanya sibuk dengan anak isteri, tak sempat la dikatakan, dan yang paling mengerikan seorang suami yang dikawal oleh isterinya sendiri dalam setiap kegiatannya, tidak kiralah akan kerja seharian ataupun aktiviti-aktiviti dakwah…yang menakutkan ana si isteri itu adalah muslimat yang sama-sama berjuang di medan kampus..dan kedua-dua suami isteri ini adalah orang-orang yang begitu ghairah sekali dengan aktiviti dakwah semasa di alam kampus..MasyaAllah..wansangka buruk dan sifat cemburu serta tidak oercayakan si suami wujud di dalam hati seorang isteri yang begitu hebat dalam aktiviti dakwah di kampus suatu masa dahulu…mmm…NAUZUBILLAH MIN ZALIK…

Merenung kembali akan masalah ini, semasa bergiat dikampus mereka pandai untuk membahagikan masa untuk kegiatan dakwah serta akademik mereka. Namun apabila keluar dari alam kampus, usahkan tenaga ingin dicurahkan, tetapi batang hidung pun tidak Nampak, senyap dan terus menyepi. Pada mualanya ana meletakkan mereka-mereka yang berada dikampus ini adalah orang-orang yang begitu faham…namun apabila berada dialam reality kehidupan dunia yang sebenar, mereka seolah-olah tidak faham? Atau sengaja buat tidak faham.

Lain pula reality bagi mereka yang juga bergiat dengan aktiviti dakwah ini setelah keluar daripada kampus, namun setelah sampai pada satu tahap mereka “futur” akibat perkara-perkara yang tidak sepatutnya timbul didalam diri mereka. Sungguh ingin ana katakan kepada semua yang hadir melewati blog ini, perjuangan dikampus bukanlah perjuangan yang sebenar untuk diri anda. Perjuangan sebenar apabila antum bersemuka dengan masyarakat yang pelbagai di luar kampus. Kampus adalah medan latihan kita. Jika kita punyai banyak kekhilafan semasa perjuangan dikampus..bergaduh bersama-sama sahabat, berselisih pendapat bersama sahabat…walaupun itu semua meruntun rasa hati, tetapi bila berada diluar sana tidak ada lagi masa untuk menunggu kita. Kerja dakwah tetap diteruskan. Apalah harga jiwa kita bila bersama HARAKAH yang diluar. Kita sudah memahami..tidak akan dipedulikan lagi oleh HARAKAH….mahu berjuang mari bersama, kalau tidak mahu jangan ganggu akan perjalanan dakwah kami…jiwa masyarakat yang tidak memahami yang perlu disuburkan, dan mereka lagi penting..

Marilah sahabat-sahabat ku sekalian…renungkan kembali apakah kita benar-benar hayati akan “FAHAM”, adakah kita perhalusi “ IKHLAS”, mungkinkah kita teliti “AMAL”, benarkah kita menggenggam “JIHAD”, Sejauh mana “TADHIYYAH”, manakah “WALA’ “, apakah “THABAT”, Dina letaknya “TAJARRUD”, benarkah konsep “UKHUWAH”, manakah “THIKAH”….

ALLAKUAKBAR!!! Bersamalah kita merenung kembali……moga kita lebih mantap dan kuat akan cubaan yang mendatang…

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNYA, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sungguh, Kami telah menjadikan hati mereka tertutup,(sehingga mereka tidak) memahaminya, dam kami telah letakkan pula sumbatan ditelinga mereka. Kendatipun engkau (MUHAMMAD) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya."
(18:57)

Ahad, 1 Mac 2009

::: Hadiah Perkahwinan :::




Dulu semasa pertama kali Anwar melamarku aku sudah katakan kepadanya bahawa aku bukanlah wanita yang mampu menguasai sepenuhnya ketrampilan seorang wanita.

“ Betul, aku tak pandai masak, tak pandai menjahit, menanam pokok bunga, atau membuat seni kraftangan…apatah lagi untuk menghias rumah”.

Dia Cuma ketawa dan mengatakan bahawa semua itu boleh dipelajari. Yang penting bagi Anwar wanita dalam hidupnya ialah seorang wanita yang mampu berjuang dalam medan dakwah.

Kata-katanya itu membuatkan aku menjadi semangat! Sentiasa! Tapi…

Setelah berkahwin aku masih belum mampu pandai memasak. Alhamdulillah banyak yang perlu aku belajar. Walau teruk macam mana sekalipun aku tetap masak nasi. Kadang-kadang nasi yang aku masak menjadi lembik, pada masa yang lain nasi itu menjadi keras. Namun, Anwar tidak pernah merungut. Cuma tersenyum.

Selepas dua minggu aku berkahwin, aku mula belajar menguruskan rumah tangga dan mengurangi masa rehatku sebelum ini. Jika ada masa terluang aku akan membuka buku-buku resepi, mencari menu-menu yang lazat, sihat, murah dan yang paling penting mudah untuk disediakan. Namun, hasilnya tidak pernah memuaskan hatiku. Aku makan sendiri. Seringkali rasanya seperti tidak mennetu. Padahal aku sudah cuba meneliti dan mengikut petunjuk yang ada dalam buku!

“ Ibu tu cukup pandai masak. Dia banyak mewarisi bakat nenek. Kalau ibu masak, abang mesti tambah dua atau tiga kali”, cerita Anwar suatu ketika. Ketika itu dia baru saja berhasil membebaskan diri dari mimik muka wajahnya yang sangat serius ketika selesai makan ikan keli masakanku.

Aku diam saja dan tunduk. Ikan keliku itu terlalu lembik, masin dan pedas. Malah isi ikannya hancur! Ya wajarlah kalau tiba-tiba Anwar ingat pada masakan ibunya.

“ Dah baik la ni” kata Anwar sambil tersenyum.

“ Insya Allah nanti pandailah masak. Kalau selalu belajar mesti pandai. Oklah…abang kena cepat ni, Abdullah tengah tunggu kat pejabat.

Anwar pergi dengan wajah merah. Ya kepedasan. Aku cuba tersenyum. Menghantarnya sehingga ke muka pintu. Aku lihat badan Anwar yang dulu tegap kini semakin kurus. Ya semakin kurus. Itu yang pastinya. Astaghfirullah, aku berasa bersalah. Macam mana tak kurus, pekerjaannya, kegiatan dakwahnya, aktivitinya terlalu banyak tapi…Anwar Cuma makan sepiring, dengan nasinya kadang-kadang mentah! Malah tidak pernah menambah.

Tiba-tiba air mataku menitis. Sudah dua bulan aku berkahwin dengan Anwar. Namun belum ada lagi tanda-tanda kemajuanku dalam menguruskan rumah tangga untuk mujahid kesayanganku ini! Dan dia kini semakin kurus.

Sebenarnya mama juga yang berperanan sehingga masalah ini timbul. Sejak aku kecil, mama melarangku untuk mendekati dapur. Aku mahu membantunya menyapu sampah dilarang. “ Nanti tangan kamu kasar”, marah mama. Begitulah sikap mama sehingga aku meningkat remaja. Pelbagai kegiatan aku ikuti. Teater, karate, Kelab Pendakian dan lain-lain lagi. Semua kegiatan itu membuatkan aku letih, sebabnya aku menumpukan sepenuhnya pada kegiatan –kegiatan tersebut. Pergi pagi, pulang malam. Mama tak pernah merungut. Kesannya aku terlalu dimanja. Hampir semua urusan diriku diuruskan oleh pembantu rumah, pakaianku, makanku, tempat tidurku segala-galanya mama serahkan kepada pembantu.


Dan…semakin teruk penampilanku sejak aku dipilih menjadi ketua Komanden dalam upacara pembarisan kawad rasmi di Sekolah Mengah dulu. Semua kawan-kawanku mengatakan aku namapak semakin gagah, seperti seorang pahlawan. Cara jalanku, cara bercakap sehingga cara aku bertindak! Malah kawan-kawanku kebanyakannya di kalangan lelaki. Astaghfirullah…

Ketika aku mula memakai tudung, aku mula menampakkan cirri-ciri muslimah gemilang. Namun aku hairan, masih ada lagi para akhwat mengatakan kesan kegagahan diriku itu masih ada. Malah ada seseorang yang bercakap aku ini masih belum jelas seperti keibuan, tetapi lebih kepada sifat kebapaan! Aku terkejut. Nauzubillah…Aku terlalu sedih. Aku mula ke dapur mengambil alih tugas pembantu. Tapi mama, papa dan adik-adikku selalu merungut jika masakanku tidak sedap!

Akhirnya waktupun berlalu… Aku semakin sibuk dengan aktiviti dakwah. Waktu rehatku lebih banyak aku isi dengan aktiviti-aktiviti dakwah. Ya Alhamdulillah…Tapi akibatnya aku menjadi terfokus pada aktiviti menulis dan mengisi ceramah. Diriku lebih banyak kutumpuh ke sana. Dan…aku jadi agak lupa dengan tugas-tugas rumah tangga…

Begitu pantas masa berlalu, seminggu kemudian aku bernikah…

“ Bagaimana Kak Fida, Kak Sara? Macam mana ni. Setuju tak dengan cadangan saya tu?” Aku tersenyum. “ Saya akan ajar kakak-kakak membaca al – Quran. Tak perlu bayar apa-apa. Cuma saya harap redho Allah saja. Allah saja dapat membalasnya. Tapi lepas kita habis belajar baca al – Quran, macam mana kalau kakak – kakak bergilir membantu saya? Nak tak?

“ Nak…! Balas kaka-kakak itu serentak.

Alhamdulillah!

Kini seminggu dua kali, ditambah bila ada kesempatan masa yang lebih. Kakak-kakak di sekitar kawasan rumahku dengan senang hati mengajarku masak menu-menu yang mudah, tapi lazat, resepi daripada mereka. Ditambah lagi dengan teknik-teknik tertentu dalam memasak masakan yang enak. Jika ada masa terluang mereka akan mengajar aku menjahit.

“ Seronok Raudah kalau kita boleh bantu suami. Kalau selama ni Raudah menulis, ia lebih banyak menggunakan akal untuk berfikir. Tapi kalau menjahit dan memasak ni kita tak perlu fikir panjang sangat. Kita buat je terus”, kata Kak Fida.

Aku ketawa. Alhamdulillah, bukan hanya mereka yang membantu mengatasi masalah ini, malah ramai lagi jiran-jiranku yang senang untuk mengajarku. Apalagi aku tidak ragu-ragu untuk bertanya itu dan ini. Walau bagaimanapun aku tidak mahu menunjukkan wajah bodoh atau tidak boleh di hadapan mereka.

Ibu mertuaku datang ke rumah. Kami memasak berbasa. Aku perhatikan betul-betul cara memasak. Apalagi menu-menu yang ibu sediakan adalah kesukaan Anwar. Tapi sayang, ibu tinggal jauh dari kami, jadi terlalu sukar untuk aku memetik ilmu daripada dia.

“ Kafaah orang kan berbeza-beza, Kak Raudah”, kata adikku. Uh…adik bongsuku ini juga seperti aku. Macam lelaki dan tak pandai nak menguruskan rumah tangga.

“Ini bukan soal kafaah, adik. Ini soal menghidupkan rumah tangga dan menyihatkan rijalud dakwah di rumah kita. Sedarlah adik, nanti menyesal macam kakak”, kataku serius.

Serius Anwar memerhatikan meja makan. Dahinya berkerut. “ Apa ni Raudah?”

“ Surprise ! Aku tersenyum ceria. Mee goreng basah ala Raudah!

Mata Anwar Berbinar. “ Wah…kegemaran abang tu! Biasanya Cuma ibu saja yang boleh memasaknya…ups..eh…afwan”. nampaknya Anwar tahu kalau aku sensitif bila dibanding-bandingkan dengan ibunya.

Aku masih tersenyum. “ Dan ini tempe pedas kesukaan abang! Tidak seperti bulan lalu, sekarang ni potongannya sudah professional”, jelasku.

Anwar mula menyantap semua makanan itu.

“ Macam mana abang? Tanyaku was-was.

Dia tersenyum, kali ini lebih manis. “ Alhamdulillah…tapi…eee…

“ Ada apa abang?

Terbeliak biji mata Anwar. Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu yang sempat dikunyahnya.

Aku terkejut! Bulatan garam yang belum hancur!

Astaghfirullah…

Tapi…Anwar meneruskan santapannya. Dan…untuk pertama kalinya suamiku ini menambah, Ya Allah, aku bahagia sekali!

Lima bulan setelah pernikahanku segala sesuatu alhamdulillah mula berjalan lancar. Kini, Anwar lebih ghairah menjelang waktu makan. Setiap kali dia pulang ke rumah pukul sepuluh atau sebelas malam dan…belum makan.

“ Abang nak makan masakan Raudah”, katanya. Memang sejak awal perkahwinan Anwar selalu begitu istiqamah untuk makan di rumah dan nampak begitu menghargai usahaku.

Waktu terluang aku pergi menziarah Kak Fida dan Kak Sara dan yang lain- lain. Dengan senang hati kudengarkan nasihat dan cara-cara mengurus rumah tangga. Ya betapa mulianya tugas ini. Subhanallah, tugas seorang isteri, seorang ibu yang sangat besar peranannya dalam menggerakkan umat. Women behind man ini sangat berpengaruh.

Kini, aku juga mula belajar benda-benda lain. Aku mula belajar selok belok semasa mengandung, menjaga bayi dan banyak lagi.

Hari ini genap setahun perkahwinan kami. Jarum jam di ruang tamu menunjukkan pukul 1.00 pagi. Anwar belum pulang lagi. Sambil menunggu Anwar, aku sibuk murajaah hafalanku, sementara hadiah yang kusiapkan untuknya kuletakkan begitu saja di atas meja, sebelah dengan pasu bunga orkid.

Pukul 1.15 pagi, Anwar pulang. Sapaannya pada aku begitu ceria sekali.

Aku ketawa “ Ada hadiah untuk abang”.

“ Dari siapa?”

“ Dari akhwat”.

Anwar mengangkat keningnya, kemudian tersenyum. Sebelum duduk, diraihnya bungkusan hadiah itu…dibukanya.

“ Baju? Katanya.

“ Ada nota, abang!”

“ Anwar, ini buatan asli dari Raudah”.

Salam, Kak Fida

Anwar seolah –oleh terkejut. “ Baju yang dibuat oleh Raudah? Katanya sekali lagi. Anwar terus mencubanya. “ Esok abang pakai baju ni ye”.

“ Dan ini buat Raudah”, kata Anwar tiba-tiba.

Aku terkejut. Anwar mengeluarkan sekeping kad dari begnya.

Aku buka perlahan-lahan kad itu.

“ Buat isteri tersayang Raudah, terima kasih untuk kerja kerasmu. Abang selalu redho dengan setiap yang Raudah lakukan untuk abang”.

Aku tidak mampu menahan tawaku. Anwar juga. Suamiku ini ada-ada saja. Dia membeli kad yang begitu cantik dengan tulisan warna emas untukku.

Sesungguhnya Ya Allah, redhanya lebih berharga bagiku dari hadiah apapun pada setahun perkahwinan kami ini. Alhamdulillah! Dan di bawah bayangan lampu, kulihat Anwar semakin cerah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...