Selasa, 3 Mac 2009

MENYINGKAP TIRAI AKTIVIS DAKWAH KAMPUS


Assalamualaikum dan salam muhibbah serta perjuangan ana ucapkan kepada aktivis dakwah kampus yang sentiasa dengan rangkaian informasi yang unggul untuk membina serta kemantapan serta kelangsungan memburu tarbiyah yang ditusuk kepada setiap masyarakat kampus khususnya. Sedar tidak sedar begitulah ranjau serta duri dalam membina satu harakah yang mantap berlandaskan Al-Quran dan Assunnah. FIRMAN ALLAH S.W.T :

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNYA dalam barisan yang teratur, umpama mereka suatu bangunan yang tersusun kukuh."
(AS-SAFF : 4)

Merenung kembali akan kesungguhan aktivis-aktivis dakwah khususnya didalam kampus adalah begitu teruja sekali. Mereka memahami akan Rukun-Rukun Bai’ah yang pernah mereka pelajari dan fahaminya. Sehinggakan mereka sanggup mengorbankan apa sahaja asalkan segala agenda dakwah mereka berjalan dengan baik sekali. Bagi mereka yang berada didalam harakah sudah tentu perancangan yang lebih teliti disusun serta lancer alirannya, kemudian diatas individu itu sendiri yang telah diserahkan amanah supaya menggunakan segala kebijaksanaan sertah hikmah masing-masing supaya mad’u yang didekati akan lebih senang dan mudah untuk menerima tarbiyah.

Namun apa yang cuba bawakan pada artikal pada kali ini adalah ingin mengajak sahabat agar merenung akan diri masing samada kita ini adalah orang yang benar-benar faham akan risalah perjuangan Rasulullah S.A.W. Ya..kita begitu bersemangat akan membuat kerja-kerja seperti ini, tetapi apakah pernah kita fikirkan, adakah perjuangan ini akan diteruskan apabila keluar daripada kampus suatu hari nanti. Apa yang ana ingin kongsikan ini bukanlah hendak menunding jari kepada sesiapa, tetapi untuk peringatan diri sendiri jua. Pernah ana mendengar akan cerita-cerita daripada abang-abang yang sudah masih didalam tinta perjuangan sesudah keluar dari alam kampus dan yang sudah mendirikan rumah tangga pun ada. Mmm…Ya ALLAH…begitu mengerikan jugalah..

Kesibukan dengan kerja kadang menjadi alas an supaya tidak bergiat langsung didalam kerja-kerja dakwah, yang sudah berkahwin katanya sibuk dengan anak isteri, tak sempat la dikatakan, dan yang paling mengerikan seorang suami yang dikawal oleh isterinya sendiri dalam setiap kegiatannya, tidak kiralah akan kerja seharian ataupun aktiviti-aktiviti dakwah…yang menakutkan ana si isteri itu adalah muslimat yang sama-sama berjuang di medan kampus..dan kedua-dua suami isteri ini adalah orang-orang yang begitu ghairah sekali dengan aktiviti dakwah semasa di alam kampus..MasyaAllah..wansangka buruk dan sifat cemburu serta tidak oercayakan si suami wujud di dalam hati seorang isteri yang begitu hebat dalam aktiviti dakwah di kampus suatu masa dahulu…mmm…NAUZUBILLAH MIN ZALIK…

Merenung kembali akan masalah ini, semasa bergiat dikampus mereka pandai untuk membahagikan masa untuk kegiatan dakwah serta akademik mereka. Namun apabila keluar dari alam kampus, usahkan tenaga ingin dicurahkan, tetapi batang hidung pun tidak Nampak, senyap dan terus menyepi. Pada mualanya ana meletakkan mereka-mereka yang berada dikampus ini adalah orang-orang yang begitu faham…namun apabila berada dialam reality kehidupan dunia yang sebenar, mereka seolah-olah tidak faham? Atau sengaja buat tidak faham.

Lain pula reality bagi mereka yang juga bergiat dengan aktiviti dakwah ini setelah keluar daripada kampus, namun setelah sampai pada satu tahap mereka “futur” akibat perkara-perkara yang tidak sepatutnya timbul didalam diri mereka. Sungguh ingin ana katakan kepada semua yang hadir melewati blog ini, perjuangan dikampus bukanlah perjuangan yang sebenar untuk diri anda. Perjuangan sebenar apabila antum bersemuka dengan masyarakat yang pelbagai di luar kampus. Kampus adalah medan latihan kita. Jika kita punyai banyak kekhilafan semasa perjuangan dikampus..bergaduh bersama-sama sahabat, berselisih pendapat bersama sahabat…walaupun itu semua meruntun rasa hati, tetapi bila berada diluar sana tidak ada lagi masa untuk menunggu kita. Kerja dakwah tetap diteruskan. Apalah harga jiwa kita bila bersama HARAKAH yang diluar. Kita sudah memahami..tidak akan dipedulikan lagi oleh HARAKAH….mahu berjuang mari bersama, kalau tidak mahu jangan ganggu akan perjalanan dakwah kami…jiwa masyarakat yang tidak memahami yang perlu disuburkan, dan mereka lagi penting..

Marilah sahabat-sahabat ku sekalian…renungkan kembali apakah kita benar-benar hayati akan “FAHAM”, adakah kita perhalusi “ IKHLAS”, mungkinkah kita teliti “AMAL”, benarkah kita menggenggam “JIHAD”, Sejauh mana “TADHIYYAH”, manakah “WALA’ “, apakah “THABAT”, Dina letaknya “TAJARRUD”, benarkah konsep “UKHUWAH”, manakah “THIKAH”….

ALLAKUAKBAR!!! Bersamalah kita merenung kembali……moga kita lebih mantap dan kuat akan cubaan yang mendatang…

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNYA, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sungguh, Kami telah menjadikan hati mereka tertutup,(sehingga mereka tidak) memahaminya, dam kami telah letakkan pula sumbatan ditelinga mereka. Kendatipun engkau (MUHAMMAD) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya."
(18:57)

1 ulasan:

Laila_Suria berkata...

Subhanallah..takut juga bl fikir adakah kt mampu brtahan apabila berada di luar alam kampus..mg Allah tetapkan hati untuk terus berada di atas jalan NYA

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...