Rabu, 6 Mei 2009

BERSEDIAKAH KITA (1)

Sedar dan dalam keadaan tidak sedar kita mengetahui bahawa dunia Islam pada hari ini bukan sahaja di cerca olah orang bukan islam, bahkan diantara yang mengakui sebagai islam sendiri melihat islam sebagai bukan panduan secara adilnya dalam kehidupan didunia yang sementara menuju ke negeri abadi. Saya cuba ingin bawakan satu imbasan kepada semua pembaca supaya kita sedar bahawa semuanya bermula dari titik tolak perkembangan islam sebelum saya ingin menceritakan sedikit pengalaman berjumpa dengan seseorang yang mencabar tahap persediaan kita sebagai “abnaulharakah”.

Islam telah berkembang dan bermula dakwahnya dengan seorang manusia istimewa yang diberi nama Muhammad. Di Gua Hira’ beliau didatangi Jibril, Jibril berkata kepada baginda, “BACALAH”. “Bacalah dengan nama tuhanMU yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al-Alaq:1-5

Menjadi rasul utusan Allah, maka bermulalah dakwah baginda menyeru umat menyembah tuhan yang esa. Kita melihat, pada 625 masihi, peperangan Badar yang pertama didalam sejarah umat islam, 313 muslimin menetang 1000 musyrikin. 631 masihi, pembukaan semula Kota Mekah selepas musyrikin Mekah gagal mematuhi Perjanjian Hudaibiyah.
Selepas baginda wafat pada 632 masihi, perjuangan disambung pula oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Islam terus berkembang luas bertitik tolak di bawah pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. 633 masihi pengumpulan Al-Quran bermula. 638 masihi dibawah pemerintahan Khalifah Umar, tentera muslimin menawan Baitul Maqdis yang sebelumnya di bawah kekuasaan Empayar Byzantium.

661 masihi, Khalifah Muawiyah mengasaskan Dinasti Umayyah. Ilmu berkembang pesat dibawah pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz. Seni ukiran, system pengasingan air yang sekarang disebut sebagai system olahan air dan juga system pengairan kincir air untuk tanaman-tanaman wujud dan berkembang dengan baik.

Zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah bermula pada 752 masihi, 763 masihi penubuhan Kota Baghdad, 786 masihi telah dikenali sebagai Zaman Abbasiyah pada zaman pemerintahan khalifah Harun Ar-Rashid dan anaknya Al-Makmum. Pada ketika ini, Baitul Hikmah didirikan, mempunyai setengah juta buku berjilid dan 36 buah perpustakaan sehinggakan pada ketika itu untuk memindahkan kesemua buku ini memerlukan 120-400 ekor unta.

800 masihi kaedah saintifik dicipta, Al-Khawarizmi mengasaskan al-jabar(al-gebra) dan pada ketika ini ilmu falak bermula, akibat dari kemajuan yang dikecapi oleh islam, ia secara tidak langsung menarik beberapa pengkaji dari barat, antaranya Master Jacob dan Fibonacci yang tertarik dengan pemikiran Al-Khawarizmi. Buku Al-Razi, Al-Asrar diterjemahkan ke Bahasa Latin dan menjadi rujukan kimia di barat. Teori al-Kindi dalam bidang optic juga telah mempengaruhi seorang pakar mata barat iaitu Roger Bacon. Buku Ibnu Sina, Qanun fi-Tibb juga sangat berpengaruh di barat. Pada zaman ini jugalah bilangan Doktor sangatlah ramai, sehinggakan mereka yang ingin mengambil jurusan kedoktoran perlu ditapis. Ketika ini juga, pertejemahan buku dari tamadun lain juga giat dilakukan, ia merupakan profesion yang paling kaya ketika itu.

Di Andalusia pula, kerajaan Bani Umayyah Sepanyol telah diasakan pada 756 masihi, Cordoba menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 masihi, terdapat sebuah Universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan seluruh dunia, juga menjadi pusat ekonomi antarabangsa suatu ketika dulu. Pada 1000 masihi, masjid Cordoba siap dibina, ia menampilkan seni bina yang unik dan seni ukiran yang halus. 1238 masihi, Istana Alhambra, Granada dibina menjadi tempat kediaman kerajaan Nasrid yang terukir kata “wa la ghalib illallah” tiada penakluk yang berkuasa melainkan Allah, ia sebagai peringatan bahawa kehebatan mereka hanyalah kecil berbanding Allah. Andalus pada ketika ini telah melahirkan ramai tokoh ilmuan yang disegani, bidang falsafah seperti Ibnu Bajah, Ibnu Rusd dan Al-Farabi, Bidang muzik seperti Ibnu Firnas dan Ibnu Ziryab, bidang astronomi seperti Ibnu Aflah, Az-Zarqiyali dan Majriti.
Ilmu-Ilmu Baghdad dan Andalus Berjaya mengharmonikan falsafah Yunani tua dengan tamadun islam dan membuka mata orang-orang barat sehingga mencetuskan suatu zaman yang dikenali sebagai zaman renaissance.

1187 masihi menyaksikan kehebatan kepimpinan islam apabila baitul maqdis ditawan semula oleh Salahuddin Al-Ayyubi dan tenteranya. Di bawah pemerintahannya, umat islam disatukan dari Lembah Nil hinggalah ke Lembah Furat. Pada 1192 masihi, eropah sekali lagi menghantar tentera yang lebih besar tetapi juga kalah di bawah tentera Salahuddin Al-Ayyubi. Di dalam perang salib ini, ketokohan Salahuddin menyebabkan kaum muslimin patuh kepada arahannya. Orang-orang Arab Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad. Salahuddin ternyata Berjaya menyatukan mereka sehingga tiada yang memberontak sewaktu pemerintahannya.

Sekali lagi kita menyaksikan pemuda yang Berjaya dalam kepimpinannya sepertimana yang telah dinyatakan di dalam hadis nabi yang menyatakan sebagai sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera, beliau adalah Sultan Muhammad Al-Fateh. Gelaran Al-Fateh diberikan yang bermaksud penakluk. Pada 1453 Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Konstantinopel yang mana usaha untuk menawan kota ini telah gagal selama 800 tahun, sehinggalah kemunculan raja ini yang berusia 24 tahun(ada yang mengatakan 21 tahun). Baginda mengupah jurutera bangsa Hungary untuk mencipta meriam dan Berjaya menembak peluru seberat 300kg dan sejauh 1 batu.

Ini adalah diantara imbasan sejarah islam sehinggalah berlakunya kejatuhan khilafah Uthmaniyah pada 3 Mac 1924 dan muncul kembali satu gerakan 4 tahun selepas itu yang di mesir yang pada ketika itu seorang mujadid unggul merasakan bahawa perlu dikembalikan semula era pemerintahan islam iaitu jemaah ikhwanul muslimin yang dipelopori oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pada tahun 1928.

“ Iaitu mereka (umat islam ) yang jika kami berikan mereka kekuasaan untuk memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta member zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari melakukan kejahatan dan mungkar. Dan Ingatlah, bagi Allah jualah kesudahan segala urusan” (al-hajj:41)

Untuk seterusnya saya akan ceritakan dalam posting yang kedua….bersambung..

Selasa, 5 Mei 2009

MENGANJAK SERIBU MACAM PARADIGMA DI DALAM DIRI.

Seorang manusia sudah semestinya akan melihat sesuatu yang lebih bermakna bagi hidupnya. Tidak kira bilamana seseorang itu melihat perkara yang baik itu menjadikan dirinya lebih bermakna, namun tidak terlepas juga seseorang manusia melihat sesuatu yang bercanggah dipandangan syariat sekalipun, menjadikan ia sesuatu yang bermakna bagi mereka. Kita boleh melihat contoh yang terdekat, seorang penagih dadah tegar sudah tentu merasakan dadah itu sesuatu yang baik baginya kerana dapat memuaskan serta melengkapi hidupnya

. Ya..jika kita bandingkan mereka yang cuba meraih keredhaan Allah SWT, sudah tentu ia akan pastikan ibadahnya diterima oleh Allah SWT, segala perjalanan hidupnya akan dipastikan supaya mendapat keredhaan Allah. Saya juga seorang manusia, anda pembaca juga sebagai seorang manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Saya cuba untuk menganjak paradigma dalam tulisan di alam cyber ini supaya boleh menyentuh dari pelbagai sudut pemikiran pembaca yang menjenguk blog ini. Saya yakin dan percaya anda semua pernah mendengar tentang IQ, EQ dan SQ. Bila kita melihat di dalam konsep yang diasingkan tadi, kita dapat menyingkap satu rahsia kecerdasan akal manusia dalam melakukan satu paradigma keatas sikap, perwatakan, ketangkasan berfikir berdasarkan Al-Quran.

Kita kadangkala akan merasakan diri perlu diubah untuk mencapai kearah yang lebih sempurna, dan sememangnya telah diajarkan di dalam agama islam supaya kita sentiasa meningkatkan diri kita didalam apa jua aspek sekalipun. Berubah dari yang tidak baik kepada yang baik, dari baik kepada yang lebih baik. Ya..itulah yang kita impikan. Akal yang dibekalkan kepada kita membuatkan kita akan sentiasa mencari kesempurnaan. Alangkah indahnya mereka yang mendapat hidayah setelah melalui jahiliah suatu ketika. Secara tidak lansung kita akan merasakan nikmatnya. Bila menyentuh bab akal saya teringat bila meneliti tentang Spiritual Quotient (SQ). Pada mulanya, di dalam bahagian ini menyebutkan bagaimana manusia ingin menggapai satu paradigma daripada tidak mengenal tuhan dan cuba untuk mencari tuhan, diceritakan bagaimana manusia satu ketika dahulu cuba dengan bermacam-macam hujah untuk mengatakan bahawa inilah tuhan.

Namun bukanlah saya ingin bercerita dengan lebih lanjut mengenai pencarian tuhan dan tentang kehebatan akal secara seluruhnya, mungkin di masa akan datang bolehlah saya berceritakan bercerita mengenainya.

Cumanya saya ingin mengajak anda semua, bagaimana kita cuba menggunakan segala kekuatan untuk kita melakukan satu paradigma didalam diri supaya kita bermanfaat untuk semua yang berada disekeliling kita. Kita tahu yang Allah berfirman didalam Alquran, mafhumnya..Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang merubahnya.
Jadi mari lah kita bersama berfikir dan merenung supaya ummah lebih maju.

CHANGE YOUR PARADIGM

Moga diberi kekuatan…Ameen…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...