Selasa, 22 Februari 2011

~KEPADAMU YA ALLAH~


Ya Allah

Andai ini takdir yang telah disuratkan kepadaku
Aku pasrah Ya Allah
Namun dalam doaku dan jauh kedalam hatiku
Aku mohon untuk Kau tabahkan aku

Ya Allah

Thabatkan aku dalam jalan membela agamaMu
Lemahku ini ku pohon agar diperteguhkan
Langkahku yang longlai ku pohon untuk dipacakkan
Mataku yang kuyu ku pohon untuk dicerahkan

Ya Allah

Sesungguhnya Kau mengetahui hatiku menangis
Walau ku tahu Ya Allah akan ujian para nabi Mu
Begitu hebat dari ujian yang Kau timpakan kepadaku
Namun Ya Allah insan kerdil sepertiku hanya mampu merintih kepadamu

Ya Allah

Andai bertimbun dosaku ini
Kau hukumku hambaMu ini
Jangan Kau hukum mereka yang tidak melakukan dosa ini
Namun ku tahu Kau mengatur yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah

~ameen~


-mohaz-

Jumaat, 11 Februari 2011

~MAULIDUR RASUL VS VALENTINE DAY ~












VS








Maulidur rasul pada tahun ini telah jatuh pada 15 Februari 2011. Dan sepertimana kebiasaannya mereka yang menyambut valentine day ini jatuh pada 14 februari 2011. ,masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata sahabat saya “ha..kita tengok ngan budak-budak yang kononnya sambut hari kekasih, esok tu sambut tak maulud nabi ni” kata seorang sahabat saya dengan muka yang berkerut-kerut. Saya juga terfikir-fikir apa yang akan jadi dengan pasangan-pasangan yang berpacaran sebelum berkahwin ini dalam keadaan sambutan hari kekasih ini. “fuh..merenung panjang...aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku kuat untuk berada dijalanMu ya Allah dan jangan Kau uji hambaMu ini ya Allah ape yang aku tidak mampu dan jangan Kau pesongkan hatiku setelah hidayah Kau berikan” monolog doaku sendirian.

Maulidur Rasul yang bakal tiba ini adakah dipeduli oleh anak-anak muda? Adakah anak muda ghairah untuk meraikannya? Adakah mereka ingin dalami akhlak dan keperibadian Nabi SAW? Mahukah anak muda untuk mendalami dan mengingati sejarah perjuangan Nabi SAW? Cuti umum yang diberikan oleh kerajaan, adakah anak muda benar-benar manfaatkannya demi kasih dan cinta kepada Nabi SAW? Kita tepuk dada dan tanyalah iman.

Begitu banyak sebenarnya landasan-landasan yang disediakan oleh banyak pihak untuk anak muda ini mendalami sejarah Nabi SAW, bagaimana untuk mencintai Nabi SAW dan sebagainya. Banyak bukan? Tetapi sebenarnya kondisi anak muda kini boleh menjadi satu ukuran bagaimana sambutan maulidurrasul nanti, ghairahkah mereka untuk menyambut maulud nabi ini. Sekali lagi tepuk dada dan tanyalah iman.
Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,

"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya."

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berkata


,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri.”


Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56).


Banyak dalil-dalil yang menekankan kepada kita akan kewajipan kepada kita untuk mencintai nabi SAW. Namun apakah kita tidak sedar ataupun buat-buat tidak sedar.
Sedang saya menulis artikal ini saya, saya teringat satu pengakuan dari seorang gadis yang masih bersekolah didalam sebuah akhbar yang bertajuk “TERKULAI DI HARI VALANTINE” yang bertarikh 4 Feb. 2011. Bukan niat saya untuk mengeji gadis dan lelaki tersebut serta watak-watak yang ada di dalam laporan akhbar tersebut, namun perbuatan yang mereka lakukan pasti tidak boleh diundur lagi. Ditangkap di hotel, di semak-semak dan sebagainya, namun apakan daya nasi sudah menjadi bubur.

Ya. Tidak lain tidak bukan kerana cinta hawa nafsu mereka. Sesetengah mereka sanggup menggadaikan apa sahaja kerana ingin buktikan bertapa mereka ini saling cinta menyintai pada hari tersebut. nauzubillah ...sedarkah mereka akan wujudnya valentain ini untuk meruntuhkan akhlak umat islam terutamanya pemuda-pemuda islam. Tahukan mereka akan sejarah valentine day ini.
Saya mengambil beberapa olahan sejarah valentine di internet.
Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari ‘Valentine’ ini.

Pada 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Masyarakat Rom juga meraikan Hari ‘Valentine’ pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.
l ‘Valentine’ adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa kisah mengaitkan paderi Valentine ini dengan sambutan Hari ‘Valentine’. Antaranya ialah paderi itu orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.

Jasanya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan itu, tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun. Hal ini juga sebagai cara untuk mengenang semua jasa paderi Valentine itu dalam usahanya untuk menjatuhkan Islam .
Dasyat bukan apa itu valentine ini. Namun apakah tindakan kita? Apakah kita hanya mamou melihat dan hanya melihat ramai anak-anak gadis terkorban di hari kononnya kekasih ini.??

Namun begitu saya cukup menyanjungi mereka yang bertungkus lumus dalam hal seperti ini dan seumpamanya, kerana tidak mengenal penat lelah dan semoga penat lelah kalian dibalas oleh Allah SWT.
Sedarlah kalian, hebatnya sesebuah tamadun bilamana hebatnya pemuda mereka, tetapi runtuhnya sesebuah tamadun bilamana runtuhnya pemuda mereka.

Isnin, 7 Februari 2011

~APABILA SYAITAN BERMESYUARAT~




Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci...insyaAllah..Secebis ilmu dr sahabat, saya tolong forwardkan untuk dikongsi bersama...
moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam di atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, para sahabat, syuhadak serta muslimin dan muslimat.

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) ...

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar.Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCD, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuas hati dengan isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari.
Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini,

"Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :

B-eing U-nder S-atan's Y-oke? - Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Wallahua'lam...

sumber: Ash Sinar

~ADUH SAKIT!!!~




Baru sahaja beberapa jam keluar dari Pusat Kesihatan UTM. Apabila melangkah sahaja kedalamnya saya menanyakan pada diri, “tak de ke dalam sehari, tak de orang sakit”. Begitu jugalah sebelum ini, apabila sampai ke mana-mana pusat kesihatan,hospital,klinik keadaan seperti ini pasti berlaku. “tak pernah orang tak de” kataku hati kecil ku.

Namun sebenarnya kita sedar dan begitu arif apabila ditimpa penyakit selsema mesti mahukan panadol, apabila batuk mesti mahukan ubat batuk dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak pernah untuk muhasabah diri mengapa aku ditimpa sakit sebegini, mengapa asyik-asyik sakit jer aku ni, dan tak lain tak bukan bila perkataan pertama yang terpancul dari mulut kita apabila luka terkena pisau dan sebagainya adalah “ADUH SAKIT!!!”. Ermm..mengapakah sakit ini diberi.

Apabila berbicara dan mendalami sedikit mengenai perkara ini, tidak lain tidak bukan Allah ingin menggugurkan dosa hambaNya. Ini menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada hambaNya. Tetapi kita kadang-kadang lupa dan keluhan sakit hanya meniti dibibir, sebenarnya kita tidak tahu bahawa kita sedang membayar hutang-hutang kita kepada Allah. Maka berbahagialah orang yang sakit itu. Boleh jika saya berkata begitu?

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)


Islam mengajar kita untuk melihat dengan berbaik sangka sebelum kita mengatakan yang bukan-bukan. Berbaik sangkalah dengan Allah SWT.
Sesetengah dari mereka menggunakan alasan sakit untuk tidak melaksanakan ibadah wajib kepada Allah SWT. Perlu untuk kita menukar persepsi ini kerana islam ini mudah.
Orang yang sakit lebih terbuka peluang untuk melakukan ibadah seluas-luasnya. Orang yang sakit lebih mudah untuk melakukan ibadah. Orang yang sakit diberi kelonggaran dan kemudahan seluas-luasnya oleh syarak.


Prinsipnya mudah sahaja iaitu selagi akal masih belum hilang maka kewajipan untuk melakukan amalan-amalan fardhu tidak pernah terangkat sama sekali, cuma diberi keringanan oleh Islam. Keringanan yang menandakan kasih sayang Allah kepada kita. Keringanan yang memberi ruang untuk hamba-hambanya melakukan ibadah seluas-luasnya tanpa alasan apa sekalipun.

Ibadat yang dilakukan ketika sakit walaupun tidak sesempurna amalan orang sihat sebenarnya setaraf dengan amalan orang sihat. Malah, jika dilakukan dengan sesabar mungkin , natijahnya lebih besar dari orang yang sempurna.

Saya mendengar dari seorang ustaz mengatakan dalam ceramah beliau.
”Orang sakitlah yang paling mudah melakukan amal ibadah. Orang sihatlah lebih susah untuk melakukan amal ibadah. Orang sakit diberi kelonggaran seluas-luasnya oleh Islam”

Saya cuba untuk mengajak pembaca dan diri saya sendiri untuk kita fahami dan menyelami akan hakikat ini supaya kita tiadak menjadikan seribu alasan untuk tidak menunaikan amanah yang telah diberikan Allah SWT kepada kita.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)

~mohaz~

~SAKIT BELAKANG~





Sebelum berceloteh panjang. ada satu perkara yang saya ingin kongsikan..JOM BACA

APABILA sakit belakang, semua pergerakan terasa tidak kena, malah ada yang tidak dapat melakukan sebarang kerja kerana masalah ini.

Boleh dikatakan semua orang pernah merasai bagaimana peritnya apabila belakang badan, terutama pada bahagian bawah tulang belakang, terasa sakit.

Bahagian bawah tulang belakang menerima paling banyak tekanan, terutama ketika kita duduk berbanding apabila berdiri atau baring. Ini sebabnya kita berasa sakit belakang jika duduk terlalu lama dan masalah ini boleh diatasi dengan berehat, bangun dan berjalan-jalan seketika sebelum menyambung kerja.

Tulang belakang adalah struktur yang sangat unik. Ia membabitkan 33 tulang vertebra dan di antara setiap tulang mempunyai satu cakera mengandungi cecair yang berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan (supaya tulang belakang boleh dilentur ke sisi, depan dan belakang) serta mengagihkan berat badan dengan seimbang.

Cakera yang bertindak sebagai kusyen ini sebenarnya membabitkan kantung leper mengandungi cecair (nukleus pulposus) dan kantung cakera (annulus fibrosus).

Walaupun kantung cakera ini sangat kuat, ia boleh menjadi haus dan terkoyak dengan peningkatan usia, aktiviti lasak dan perlakuan yang menjejaskan kedudukan tulang belakang.

Pemeriksaan Imej Resonan Magnetik (MRI) mendapati, hampir 30 peratus individu dewasa berumur 30 tahun menunjukkan kemerosotan (kehausan) cakera tulang belakang tetapi tidak mengalami masalah atau kesakitan.

Banyak perkara menyebabkan sakit belakang dan punca paling lazim ialah membabitkan cakera ini kerana boleh tergelincir atau mengalami kemerosotan.

Cakera tergelincir (terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya) berlaku akibat posisi badan tidak betul, otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Semakin meningkat usia, cakera kehilangan kandungan cecairnya, mengecut dan menjadi kurang anjal. Ligamen yang memegang cakera juga menjadi lemah.

Pada keadaan ini, aktiviti yang memberi tekanan kepada cakera boleh menyebabkan ia membonjol ke satu arah dan menekan saraf dan membuatkan kita berasa sakit.

Masalah cakera tergelincir ini boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:


Kemerosotan cakera.


Prolaps (pemindahan cecair cakera dari kedudukan asal ke bawah).


Cecair cakera tersembul keluar.


Sekuestrasi (cecair cakera terkeluar sepenuhnya daripada kantung).

Keadaan ini menyebabkan kita mengalami pelbagai kesakitan. Bahagian yang sakit bergantung kepada kedudukan saraf yang ditekan cakera yang tergelincir. Pada umumnya ia boleh menyebabkan gejala seperti:


Sakit belakang.


Sakit kaki (pada satu bahagian, atau keseluruhan sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah kaki. Ini mengakibatkan pesakit berasa sakit untuk berjalan).


Berasa sangat sakit, hilang keupayaan mengawal kencing dan buang air besar.


Lumpuh sama ada sebelah atau kedua-dua belah kaki.


Hilang deria rasa.

Menurut Perunding Bedah Ortopedik dan Tulang Belakang, Dr David Wong, biasanya masalah sakit belakang berlaku pada golongan muda berumur antara 20 hingga 40 tahun yang aktif bersukan.

Bagi kebanyakan kes, kesakitan bermula pada umur 20-an dan menjadi semakin teruk apabila usia meningkat kesan aktiviti harian serta tidak mendapatkan rawatan.

“Pesakit mengalami kesukaran untuk bangun dari katil atau kerusi dan ramai mengambil ubat tahan sakit. Bagaimanapun, ubat tahan sakit tidak mampu mengatasi masalah ini.

“Mereka masih berasa sakit walaupun mengambil ubat dan keadaan ini menjejaskan kualiti hidup pesakit. Kesakitan ini juga membuat ramai pesakit berasa rendah diri. Mereka tidak yakin untuk melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang keadaan bertambah buruk.

“Bahkan 20 hingga 30 peratus pesakit mengadu tertekan dan murung. Gangguan emosi ini lebih dirasai individu yang terlantar kerana pada masa sama mereka mengalami masalah peningkatan berat badan,” katanya selepas pelancaran buku Patient Beyond Borders anjuran bersama Singhealth dan Badan Pelancongan Singapura (STB).

Jika lebih banyak cecair cakera terkeluar atau kadar kerosakan cakera bertambah, pesakit berasa lebih sakit. Kesakitan ini boleh dirasai walaupun melakukan aktiviti mudah seperti membongkokkan badan dan mengangkat barang ringan.

Kesakitan akibat cakera tergelincir dikategorikan sebagai sakit belakang kronik. Semakin lama, pesakit berasa lebih sakit dan menderita. Antara kaedah terbaru dapat membantu pesakit seperti ini ialah menjalani pembedahan penggantian cakera.

Pembedahan penggantian cakera diperkenalkan sejak 17 tahun lalu di Eropah dan ia ditawarkan di 25 negara, termasuk di rantau Asia. Sebelum ini kaedah lain digunakan seperti penguncian tulang belakang, di mana dua tulang belakang ‘disambungkan’ menggunakan skru atau rod dan tulang tambahan diletakkan pada dua tulang vertebra berkenaan bagi menggalakkan pertumbuhan tulang baru yang akhirnya bercantum menjadi satu.

Bagaimanapun, kaedah ini kurang popular kerana kebanyakan pesakit menderita kerana ia menyebabkan lebih tekanan pada cakera terbabit dan mengambil masa lama untuk sembuh (enam hingga sembilan bulan).

Dalam pembedahan penggantian cakera, cakera tiruan yang dibuat daripada aloi kobalt krom dan polyethylene dimasukkan di celah antara dua tulang. Fungsinya sama seperti cakera asal, mengurangkan kesakitan dan mampu meningkatkan aktiviti pesakit, mengekal pergerakan dan keanjalan tulang belakang serta mengelak masalah yang berlaku jika dua tulang vertebra ‘dikunci’ bersama.

Dr Wong berkata, kesakitan pesakit dikurangkan dan pesakit boleh melakukan aktiviti harian mereka dalam masa beberapa minggu.

Pengurangan tahap kesakitan bagaimanapun berbeza antara individu, tetapi semua pesakit mendakwa berpuas hati dengan rawatan diterima kerana ia membolehkan mereka kembali menjalani hidup dengan baik.

Pembedahan penggantikan cakera bertujuan mengembalikan tulang belakang kepada saiz (ketinggian) asal, di samping mengekalkan keanjalan dan pergerakannya.

Pembedahan dilakukan dari bahagian depan badan, cakera yang rosak dikeluarkan dan diganti dengan cakera tiruan.

Antara kelebihan rawatan ini ialah ia mengembalikan keanjalan pada tulang belakang seperti normal, pesakit cepat sembuh, kadar kejayaan rawatan yang tinggi dan tidak memberi tekanan kepada tulang belakang.

Bagaimanapun, pembedahan penggantian cakera adalah langkah terakhir jika rawatan lain seperti fisioterapi atau suntikan tulang belakang gagal mengatasi masalah sakit belakang.

Ini kerana banyak masalah akibat kemerosotan cakera boleh diatasi dengan kaedah konservatif lain seperti melakukan senaman regangan betis, senaman menstabilkan tulang belakang bahagian bawah (lumbar) dan aerobik ringan. Pada masa sama, ubat tahan sakit diberi mengikut keperluan setiap pesakit.

Namun bak kata orang, mencegah lebih baik daripada merawat. Justeru, belajar menjaga tulang belakang kita dengan:


Memastikan tulang belakang dalam posisi asal, sama ada ketika berdiri, duduk atau melakukan kerja.


Belajar cara betul untuk mengangkat benda berat.


Kurangkan berat badan, terutama bagi individu obes, kerana berat badan berlebihan memberi lebih tekanan kepada tulang belakang.


Pelajari senaman untuk menguatkan otot tulang belakang.


Perbaiki keadaan di tempat kerja, terutama kerusi dan peralatan untuk mengangkat barang. Kajian menunjukkan duduk dalam keadaan sedikit menyandar adalah kedudukan terbaik untuk mengurangkan tekanan pada tulang belakang. Jangan duduk terlalu lama kerana ia memberi lebih tekanan pada tulang belakang.

~sekian~

Ahad, 6 Februari 2011

~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...