Alhamdulillah, lama rasanya tidak update blog. Hari ini masuk hari kedua kuliah, setelah penat dengan kursus-kursus dan menjadi ahli jawatankuasa pelaksana minggu haluan siswa bagi sesi 08/09 banyak perkara yang telah berlaku sepanjang cuti semesta baru ini. Kemasukan pelajar untuk ke UTMKL pada kali ini tidak lah terlalu ramai sepertimana batch sebelumnya. Kemasukan pelajar hanya 364 orang bagi kemasukan kali ini. MHS kali ini sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada saya sebenarnya. Secara tidak langsung memberikan semula gambaran kepada saya ketika mula-mula menjejaki kaki ke UTMKL. Alhamdulillah walaupun bilangan mereka sedikit, namun terpancar diwajah mereka cahaya keimanan yang meronta-ronta mencari erti kehidupan di alam kampus sebenarnya. InsyaAllah kampus UTNKL akan lebih bercahaya dengan mereka yang inginkan tarbiah islamiah di kampus ini. Ramai yang berpotensi untuk menggerakkan dakwah islamiah di bumi UTMKL ini walaupun mereka bukanlah dari bidang pengajian islam yang majoriti adalah dari bidang kejuruteraan. Suka ingin saya menceritakan keadaan yang berlaku pada minggu haluan siswa apabila seorang daripada pelajar baru meronta-ronta pada malam kedua MHS akibat daripada saka yang berada dalam tubuhnya. Dalam keadaan yang kelam kabut AJK MHS ingin menguruskan pelajar tersebut kebanyakan daripada pegawai universiti yang bertanggungjawab tiada di tempat sepatutnya. Saya masih ingat dengan taklimat yang diberikan kepada AJK MHS sebelum tibanya pelajar baru, semuanya mengatakan mereka berada dalam keadaan
"standby" ketika minggu haluan siswa. AJK merasa kecewa apabila kebanyakan daripada mereka masih menggunakan prosedur biasa untuk menguruskan kes kecemasan walaupun kes kecemasan berlaku. Apakah mereka ni tidak langsung menyediakan plan kecemasan apabila kes kecemasan berlaku? Pengawal keselamatan terpaksa menggunakan prosedur biasa apabila ingin menggunakan kenderaan untuk menguruskan pelajar tersebut sehinggakan salah seorang dari AJK MHS terpaksa merampas kunci kereta tersebut dari pengawal keselamatan tersebut untuk menghantar ke klinik kerana pada ketika itu semua beranggapan pelajar tersebut asma. Dalam keadaan yang kelam kabut tersebut jugalah ada kedengaran suara yang menyebut
"jaga kayu". Nak dijadikan cerita kes "jaga kayu" ini menjadi besar. Pengawal keselamatan telah menggunakan SB (unit cawangan khas) untuk menyiasat kes disebabkan ada AJK yang menyebut
"jaga kayu". Seramai 8 orang telah disiasat berkaitan kes yang tidak masuk akal langsung. Akibat daripada tekanan mental yang dilakukan oleh pengawal keselamatan, salah seorang AJK MHS pengsan kerana tidak tahan dikenakan tekanan sedemikian. Bagi saya kes seperti ini tidak memerlukan prosedur yang sebegitu rupa kerana hanya melibatkan kepentingan peribadi sahaja. Jika setakat diperkatakan sebegitu rupa mereka sudah hilang tujuan sedangkan banyak lagi kerja yang patut diselesaikan, memang amat memalukan. Kita semua mengharapkan keselamatan pelajar terjamin didalam kampus, tapi apa yang telah dilakukan oleh pengawal keselamatan adalah mengancam keselamatan mahasiswa UTMKL. Dengan pembangunan UTMKL sekarang ini adakah mereka lebih fokus dalam perkhidmatan mereka atau sekadar mereka yang beruniform untuk menyaman pelajar???
0 ulasan:
Catat Ulasan