Isnin, 6 April 2009

::.MELANGKAH SETAPAK.::



Alhamdulillah ketika menulis warkah ini ana baru sahaja sudah bekursus..mmm..kursus ape ye…Nampaknya ana dan bersama-sama beberapa orang sahabat mengikuti kursus Pra- Perkahwinan yang dianjurkan oleh Masjid UTM dengan kerjasama JAWI. Macam-macam input yang diperolehi dalam meneruskan kesinambungan membina sebuah negeri kecil dimasa akan datang. Perkahwinan, hidup bersama sidia dan bermacam-macam lagi lah. Ya, itulah fitrah yang telah Allah jadikan pada diri makhluk yang dipanggil sebagai manusia. Kita tidak lari kadang-kadang memikirkan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, namun apakah kita benar-benar bersedia dengan ilmu, amal serta pembawaan kita dalam mendidik generasi yang celik Al-Quran dan menjadi pelapis-pelapis pemuda seperti Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan sebagainya. Kita sendiri boleh mengukur keadaan diri yang sedia ada. Tanyalah adakah kita boleh jadi pemuda yang diharapkan sebelum membentuk generasi pemuda akan datang. Tanggungjawab dan perlaksanaan menghasilkan sebuah kehidupan yang baik dan diredhai Allah SWT. Firman Allah SWT didalam surah al-Nahl ayat 27 :

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”

Walauapapun disini ana ingin berkongsi sedikit pengalaman yang boleh dikongsi dengan sahabat bila berada didalam kursus seumpama ini. Pada mulanya ana ingatkan penceramah yang disediakan utuk setiap slot adalah skima. Ternyata mereka semua membuatkan semua yang berada di dalam kursus tersebut sakit perut sebab lawak mereka ni bukan main lagi. Bila terkenang apa yang ada di dalam kursus semula, semuanya berbalik dengan apa yang telah islam anjurkan. Oleh kerana umat meninggalkan Al-Quran hidup mereka kucar-kacir, lemah. Itulah yang berlaku pada umat islam pada hari ini. Terkadang diri ini cuba muhasabah semula jiwa yang kerdil ini, apakah aku dah cukup bagus dalam pilihanku. Terkenang lagi satu hadis nabi. Sabda Nabi SAW:

Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara : hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat. ( Riwayat al- Bukhari dan Muslim )

Kepada yang wanita pula, Sabda Nabi SAW. :

Apabila datang meminang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar ( Riwayat al-Tarmizi)

Peminangan dan Pertunangan

“Daripada al-Mughirah Ibn Syu’bah berkata aku telah bertunang dengan seorang perempuan pada zaman Rasulullah SAW. Maka bertanya Nabi SAW : Sudahkah kamu melihat akannya? Saya menjawab : Belum. Maka baginda bersabda: Lihatlah dia kerana ia boleh mengekalkan kebahagiaan pada kemudian hari nanti antara kamu berdua.” (Riwayat al-Nasa’I, Abu Daud dan Ibn Majah)

Pernikahan

Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 32 :

Dan kahwinlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan) dikalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas ( rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.


Walauapapun semoga Allah SWT memberkati usaha kecil ini dalam meneruskan kesinambungan rantai-rantai mata islam dan panah yang sedia dilancarkan kemana sahaja untuk kepentingan islam.

Wassalam.


SEMASA KURSUS

Pengerusi Majlis yang setia dengan Mic nya.


Antara penceramah yang menyakitkan perut

Ustazah yang terlibat


Antara peserta yang mengikut kursus

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...