Rabu, 16 Mac 2011

Perkongsian ~ Lamanya Tempoh~


Alhamdulillah, setelah melalui ujian yang diberikan oleh Allah, saya cuba untuk menulis kembali mencurahkan idea didalam blog seraut wajah ini. Melihat kepada tajuk artikel ini tentunya tertanya-tanya tempoh apakah sebenarnya.

Baru-baru ini semasa keKongres Mahasiswa Nasional di KUIS Bangi,sempat saya berbual dengan seorang ustaz yang sudah hampir 3 tahun saya mengenalinya semenjak belajar di UTM City Campus Kuala Lumpur, kini dikenali sebagai UTM International Campus Kuala Lumpur.

Punya panjang berbual dengan ustaz mengenai soal-soal tarbiah, pengurusan organisasi dan sebagainya tiba-tiba terpancul dari mulut ustaz, “syeikh enta dah berpunya?”, secara spontan ustaz menanyakan soalan tersebut kepada saya. Terkebil-kebil saya dibuatnya sekejap, almaklum, soalan seperti ini ditanyakan kepada sesiapapun akan membuatkan mereka yang ditanya pasti berfikir walaupun 1saat sebelum menjawabnya. Persoalan saya sudah berpunya atau tidak bukanlah topiknya di post ini. “tak mengapa, enta tak perlu jawab soalan ana tu, ana tak nak tahu sangat sebenarnya, sebab ada persoalan yang besar boleh kita bincangkan mengenai topik tu, memandangkan enta pun sesuai untuk ana bincangkan tajuk seperti ini.” Kata ustaz. Sedikit lega pun ada bila ustaz berkata demikian.

“Proses membina baitul muslim ini banyak cabarannya syeikh, ana nak bagi enta berfikir dan merenung memandangkan enta sebagai seorang abna harakah. Mencari yang terbaik serta solehah memang dianjurkan oleh islam, namun enta jangan lupa, ingin mencari rabiatul adawiyah amat sukar untuk temui wanita muslimah seumpamanya, kita biarlah dapat melahirkan zuriat yang dapat menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah. Bersyukur bila enta berada didalam harakah, pilihlah antara mereka yang punyai fikrah, namun bukan itu niat sebenar untuk berada didalam harakah dan bukanlah jaminan 100% dengan memilih muslimat yang berfikrah ini dapat menjamin enta dan muslimat tu terus memberi sumbangan dalam perjuangan ni.ada je yang futur, tapi ni antara kaedah yang enta dan sahabat-sahabat boleh lakukan.” Antara kata-kata ustaz yang ana ingat. “enta lagi berapa tahun nak abis belajar” Tanya ustaz lagi. “tahun depan takde apa-apa halangan insyaAllah ana grad” jawapan saya kepada ustaz. “lagi sekali enta fikir sendiri” persoalan lagi cuba ustaz tinggalkan kepada saya.

diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:"Seorang wanita itu dinikahi keran empat
perkara:Kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya.Maka dapatkanlah wanita yang
mempunyai agama,berdebulah tanganmu"

“Ustaz, kalaulah saya sudahpun berpunya diwaktu ni, bukankah satu tempoh yang panjang ustaz? Hati bukan senang nak jaga, silap langkah jadi bahaya ustaz.” Kata saya kepada ustaz. Berkerut dahi ustaz mendengar kata-kata saya. Ditepuknya belakang saya dengan perlahan. “islam beri kita banyak panduan untuk kita jaga hati kita, jaga nafsu kita” kata ustaz. Tiba-tiba terlintas difikiran saya mengenai satu cerita mengenai akal dan nafsu.

Sesungguhnya Allah telah menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah, kemudian Allah berfirman yang bermaksud “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah menciptakan pula nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud: “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, “Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat degil dan engkar kepada perintah Allah. Dan diceritakan juga bahawa nafsu ini ditundukkan dengan kelaparan dalam neraka juu’. Maka diantara salah satu cara untuk mengawal nafsu ini adalah dengan berpuasa.

Ustaz menyambung ceritanya. “sebelum ini ustaz ada dapat email dari seorang muslimat kampus, katanya dia lagi dua tahun hendak menamatkan pengajiannya, tetapi dia sudahpun mempunyai pilihan hati dan untuk menjaga perhubungan dengan muslimin tu, mereka berdua membuat satu perjanjian dan berhubung melalui email untuk menetapkan beberapa perkara penting, senangkata perancangan mereka berdua la, dan setelah menetapkan keputusan mereka berhenti berhubung dengan alasan untuk menumpukan gerak kerja di kampus dan menyelesaikan amanah keluarga yang mereka galas, dan muslimin tersebut akan berhubung semula dengannya mengikut perancangan yang ditetapkan, satu tempoh yang lama sebenarnya, dan dalam tempoh tu kadang-kadang muslimat tu berasa curiga dan tidak yakin walaupun sudah berjanji, tempoh yang lama ni syeikh kena benar-benar kuat, yang penting selalu berdoa kepada Allah untuk dijauhkan diri dari perasaan curiga...” “apa nasihat ustaz pada muslimat tu” saya mencelah. Antara nasihat yang saya ingat semasa perbualan tersebut.

1. Letakkan cinta Allah dan Rasul yang utama

2. Menimba ilmu dan meningkatkan fardu muslim kerana ibadah yang banyak kita lakukan tetapi kurangnya ilmu membuatkan kita susah memandu diri serta membentuk akhlak yang baik.

3. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan

4. Sentiasa mohon dengan Allah SWT sekiranya itulah jodoh yang telah ditetapkan Allah, mohonlah untuk dijauhkan segala perasaan curiga.

5. Berdoa ditetapkan agar hati tidak berubah,mendoakan juga agar dilimpahkan kebaikan kepada muslimin dan muslimat tersebut, jauhkan dari fitnah yang boleh merosakkan hubungan pertunangan yang lama, dan mendoakan agar dipermudahkan sehingga mencapai hubungan yang sah.

6. Jangan lupa juga untuk menimba ilmu menjadi suami dan isteri yang mithali, oleh itu dari sekarang perlu perbaiki akhlak,ibadah jaga,amalan jaga, “nanti nak jadi laki dan bini orang”

“Syeikh, ni antara masalah yang berlaku dalam tempoh yang lama, yang ni masih ok, Alhamdulillah, ada yang sampai melebih-lebih, sudah tidak ingat batas dan syariat, tu yang kita tak mahu, ana cerita dengan enta untuk enta fikir sendiri dan enta yang rancang untuk diri enta, dan ana dapat nasihatkan enta jer, ana nak cerita panjang lagi dengan enta tapi dah lama sangat kita berbual ni, nanti ada rezeki kita berbual lagi” kata ustaz sebelum meninggalkan saya. Mana tidaknya, dari bercerita mengenai tarbiah diri, penyusunan organisasi dan akhir sekali ustaz selitkan sedikit mengenai kisah baitul muslim ini. Walaupun ustaz tidak menceritakan sedetail mungkin tempoh yang panjang ini, Alhamdulillah, saya dapat menyimpulkan serba sedikit akan penyampaiannya. Selepas lama berbual dengan ustaz, saya kembali untuk bersama dengan sahabat saya untuk meneruskan kongres.

Saya doakan semoga penghantar email kepada ustaz agar dipermudahkan urusannya dan semoga Allah menetapkan ketentuan yang terbaik buat mereka. Ameen~


~mohaz~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...