Sabtu, 14 November 2009

UJIAN BUATMU


Pertama dan selamanya alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, sekian lama meninggalkan blog ini bersawang tanpa adanya ubat-ubat dan penawar yang boleh membersihkan sawang ini. Alhamdulillah saya cuba untuk membersihkanya.
Nampaknya habis sudah 1 sem berada di UTM skudai, kini sudahpun tahun 2 selepas 3 tahun berada di UTMKL. Berada disini bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan membanggakan. Sebagai hamba Allah ujian yang mendatang adalah sebagai satu tempoh untuk mematangkan serta memantapkan iman kita. Di dunia akhir zaman ini, anak adam tidak mudah untuk terlepas dari fitnah dunia. Ini telahpun dinyatakan di dalam hadith yang soheh.

Sebagai hamba Allah, saya juga seperti kalian semua yang juga tidak terlepas dari ujian Allah SWT. Sebenarnya inilah satu peluang bagi kita untuk memantapkan iman kita. Masih lagi saya ingat akan nasihat seorang sahabat kepada saya ketikamana Allah memberi sedikit ujian kepada saya. “Allah takkan timpakan ujian melainkan hambanya dapat hadapinya” inilah antara bait-bait kata sahabat yang cuba memberi sebuah semangat dan ingatan.

Sudahpun 3 hari sebenarnya saya habis menjalani peperiksaan akhir bagi sem yang pertama saya disini. Agak boleh tahan jugakla. Gelagat mahasiswa disini tidak ada bezanya sewaktu saya berada di UTMKL suatu ketika dahulu, surau dan masjid ramainya tetamu tidak seperti kebiasaannya. Teringat saya akan satu khutbah jumaat, ketika itu khatib memberitahu janganlah kita beribadat dan beramal mengikut musim sahaja, beramal dan beribadatlah kamu sepanjang masa kepada Allah. Kita tidak lain dan bukan diciptakan Allah untuk beribadat kepada Allah. Ya, kini kita melihat akan sesuatu yang bukan lagi jarang-jarang berlaku, tetapi ia kerap berlaku dan sudahpun menjadi tradisi masyarakat kita.

Sahabat sekalian, manusia juga dicipta sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ini. Tidak lain dan tidak bukan kita adalah daie yang seharusnya mempunyai iman dan amal. Alhamdulillah, didalam keretapi ketikamana dalam perjalanan pulang kerumah dari Johor Bahru, ada seorang pakcik yang sudahpun berumur dengan berpakaian lusuh dan mengenakan serban bercorak merah duduk dibelakang tempat duduk saya. Ketika itu saya tidaklah terlalu mempedulikan pakcik itu, tetapi apabila sampai sahaja di stesen mengkarak, pakcik itu meminjam akhbar dengan rakan di sebelah saya, maka dipendekkan cerita terjadilah ta’aruf. Rupa-rupanya pakcik itu orang tumpat Klate. “namo gapo gak anok ni” kata pakcik itu. Saya pun memperkenalkan nama saya. Tiba-tiba sahaja “kamu adalah pendakwoh, kito semuo adalah pendakwah, hari ini kita ramai ore yang nok bawak dakwoh, kecek tentang amal, kecek tentang iman tapi ore yang bawak dakwoh tu tok sedar yang dio tu tok beramal, buat program dakwah sampai pukul tigo empat pagi, subuh pah mano, tak berjemaah, bangun lewat…masyaAllah nauzubillah” inilah kata-kata pakcik yang saya baru kenal tadi. Kuatnya pakcik ni bercakap, masyaAllah satu gerabak dengar, menjadi tumpuan sekejap.

DABBB!!! Terdedik dalam hati saya alangkah besar ujian buatmu wahai daie, membawa kata-kata menyedarkan orang tetapi beban kepada diri sendiri lagi besar menanggung kata-kata.

“ Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”
( As Soff : 3-4 )


Ayat ini sebenarnya tidak asing lagi buat mereka yang bergelar daie. Marilah sahabat sekalian kita merenung jauh akan kata-kata pakcik tersebut. Ya, ada benarnya. Ramai hari ini yang punyai ijazah, master, PHD dan sebagainya dalam bidang tersendiri, tetapi siapakah kita tanpa persiapan dalam membimbing diri kejalan dunia dan akhirat dengan iman dan amal yang sebenar-benarnya. Wahai daie sekalian, kalian ibarat membaling bola kedinding, membaling bola yang akhirnya bola itu kembali kepada diri sendiri. Menunding satu jari, tetapi jari yang banyak lebih tebah kearah diri sendiri.
Wallahualam

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...