Selasa, 14 April 2009

HIDUP INI...



Assalamualaikum…

Pertamanya Alhamdulillah ana masih diberi kekuatan untuk mencoret beberapa bait-bait walaupun tidak berapa indah. Ya, sedar tidak sedar rupa-rupanya ana sudah hampir ke penghujungnya untuk berada di bumi UTMKL ini. Minggu ni merupakan study week bagi ana dan sahabat-sahabat di UTMKL, walaupun ada diantara sahabat dari Universiti lain yang sudah menghabiskan final exam. Ana cuba merenung akan sepanjang perjalanan ana menuntut ilmu di sini, bermacam-macam yang berlaku. Adakalanya ana kuat, dan adakalanya ana menjadi lemah, namun Alhamdulillah ana diterapkan bermacam-macam tarbiah supaya ana lebih bergantung harap dengan Allah SWT. 21/4/09 maka bermulalah peperangan terakhir dalam sem yang terakhir di UTMKL. Walaupun begitu ana menyusun pelbagai perancangan selepas tamat sahaja sem ini. Walaupun borang UPU diisi sebagai syarat untuk menyambung pengajian, tidak lupa juga ana menyusun beberapa perancangan untuk perjalanan akan datang, tapi tidak ana lupakan bahawa sebaik-baik perancangan adalah Allah SWT.

“ Mak nanti masuk sekolah menengah abang nak masuk sekolah ni” ini lah kata-kata yang ana ingat sewaktu ana dibangku sekolah rendah di darjah 3. Sekolah yang ku maksudkan Sek.Aga. Al-Falah BT Raub, pada ketika ini ana menyimpan harapan ingin beraliran agama, dan semangat ana semangat ghairah untuk kesini bilamana seorang jiran ana ke Mesir. Masuk sudah kesekolah yang dimaksudkan pelbagai macam bentuk ujian dialami. Namun pada ketika ting. 4 selepas sahaja PMR ana memohon untuk memasuki SMKA TAHAP di Jerantut, kerana ketika itu ana menyimpan harapan untuk beraliran sains pula. Ingin sahaja memohon SMA Al-Ihsan, namun dengan result yang diperolehi ana tidak layak untuk kesana.

Bersyukur bilamana diberi peluang untuk ke SMKA TAHAP, namun hati ini menjadi tidak tenang kerana tidak juga dipilih untuk beraliran sains, ingat lagi kata-kata seorang ustazah Al-Quran Sunnah sewaktu di TAHAP. “Awak kesini memang datang nak ambil jurusan akaun je ke”….ana membalasnya semula, “bukan ustazah, saya kesini dengan hajat untuk beraliran sains, tapi saya ditempatkan kedalam kelas akaun juga”…ustazah bertanya kembali “bape result kamu”…ana pun jawab la xlebih 5A…pada mulanya simpati dari seorang ustazah Al-Quran Sunnah ana harapkan, namun sebaliknya “ Kamu nak ambil aliran sains, dengan result macam ni, kamu tengok kawan-kawan kamu kat belakang ni ramai yang hebat tapi tak dapat aliran sains, kamu plak nak ambil”…adus! Pedihnya rasa bila dikatakan sedemikian, angin sahaja ana menangkat meja dalam kelas tu, namun iman ku bermonolog, ujian buat mu, sabarlah..betapa pedihnya ketika itu..itulah kelas pertama ku disitu dan terakhir disitu, hanya sehari. Balik ke dorm ana bertanya rakan-rakan…boleh ke keluar pergi sekolah teknik(masa yg sama ade tawaran ke teknik PC kota bharu)? Boleh, xde hal. Ana berfikir sejenak, mampukah ana menghadapi keadaan sekolah teknik yang sebelum ini diberitakan sesiapa yang pergi sekolah itu jadi teruk. Sosial la dan bermacam-macam lagi. Setelah berfikir panjang, malamnya ana call mak dan ayah dirumah, ana meluahkan hasrat dihati. Kesokannya ayah datang membawa ana pulang dan bersiap ke untuk ke Kelantan, maka bermulalah kehidupan ana disana, pada ketika itu ana melihat pelajar perempuan dan lelaki tidaklah sama seperti ana di sekolah sebelumnya, terjaga dengan baik. Ketika itu ana bermonolog Ya Allah, alangkah besar ujian aku kesini, sesungguhnya aku diuji, kuatkanlah aku…..pada ketika itu barulah terasa nikmat berada di dalam suasana yang terjaga. Alhamdulillah ana tidak hanyut seperti yang dikhabarkan oleh sahabat-sahabat, ana sering dibawa oleh seorang ustaz ke sebuah pondok yang diberi nama Pondok Lubuk Tapah. Alhandulillah, ana cemerlang di sekolah dan menjadi diantara yang cemerlang ketika SPM. Habis SPM, ana menjalani latihan di kem semarak di pekan, Pahang dibawah JLKN iaitu PLKN. Sekali lagi ana diberitakan sesuatu yang kurang nikmat oleh rakan-rakan. Namun Alhamdulillah, keadaan yang terkawal dan sebenarnya daripada PLKN ana belajar untuk lebih berani kehadapan sebagai seorang pemimpin, ana boleh melakukan pengucapan awam dan sebagainya. Tamat PLKN ana tanam anggur dirumah, dan dalam proses menanam anggur, ana menerima tawaran ke UTM, bersyukur kepada Allah, Ya..inilah diantara Universiti yang pernah ku idamkan selain Al-Azhar dan UIA.

Melangkahlah ana ke UTM, mengenal erti tarbiah yang sebenar, bersyukur lagi ana bila berjumpa dengan sahabat-sahabat yang menjadi rantai-rantai perjuangan islam,

Namun sedikit rasa kecewa pada Sem 3 bila ana tidak dapat menemankan sahabat ana di lapangan terbang untuk ke Mesir, pada ketika itu ana sebagai p.i.c untuk syarahan agama di UTMKL. Ye la..tak dapat pergi pun, boleh la hantar sahabat..mmm xpe lah. Skali lagi ketika sem lepas..seorang sahabat dari UTMKL berlepas ke Mesir untuk menyambung pengajiannya kesana, dia ambil STAM ketika belajar disini. Sekali lagi ana terlepas, keberangkatannya diberitahu hanya 2 jam sahaja lagi ingin berlepas. Rasa kecewa sekali lagi..Namun biarlah ia berlalu…Dan sekarang ini ana perlu berjuang habis-habisan untuk menghabiskan sem ini….insyaAllah..Doakan ana sentiasa diberi kekuatan dalam menempuhi segala mehnah dan tribulasi..Ana juga doakan sahabat sekalian Berjaya dalam final exam.

1 ulasan:

Mosa berkata...

Selamat berjaya ya akhi....kejayaan ada dimana-mana terpulang bagaimana erti kejayaan yang kita cari. Kejayaan dunia atau akhirat atau kedua-duanya.

Belajar di mana pun tak ape asal faham apa yang di ajar.

Transform with knowledge

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...